in , , ,

Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir Sejak Januari 2019

Dah nak buat macamana, jodoh dah takde lagi untuk bersama. Berpisah cara baik takpe. Jangan berlaga bahu kat mana-mana tapi tak bertegur sapa. Itu kita tak nak tu.

Selebriti terkenal Erra Fazira telah buat pengumuman bahawa hubungannya bersama juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi sudah pun berakhir sejak Januari lalu.

Laporan kebanyakan dari portal hiburan pada Jumaat lalu melaporkan mereka berdua sudah pun move on, membawa haluan masing-masing, tetapi kedua-duanya masih berhubung seperti rakan biasa.

Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir Sejak Januari 2019

“Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri.

Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah  tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” 

– Erra Fazira
Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir Sejak Januari 2019

Erra bagaimanapun tidak memberitahu punca kenapa mereka berpisah.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,

– Erra Fazira

Erra juga mengesahkan bahawa beliau akan ke tanah suci bagi menunaikan fardu Haji, namun tidak dimaklumkan bila akan berlepas ke sana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eizlan Yusof Minta Polis Mohon Maaf

Kumpulan BTS Confirm Buat Konsert Sulung di Tanah Arab Saudi