in , ,

Kumpulan BTS Confirm Buat Konsert Sulung di Tanah Arab Saudi

Berita ini disahkan menerusi pengumuman rasmi dilaman Facebook dan Twitter mereka

Berita baik buat peminat kumpulan BTS berketurunan Muslim Arab apabila kumpulan ini mengesahkan akan membuat konsert jelajahnya di Arab Saudi.

Budiey petik dari portal Kmania, kumpulan ini telah membuat pengumuman menerusi Facebook dan Twitter rasmi mereka minggu lalu. Konsert yang akan diadakan pada 11 Oktober 2019 nanti akan diadakan di Stadium Antarabangsa King Fadh di Riyadh, Arab Saudi.

bts grammy awards

Terdahulu, kumpulan kpop seperti Super Junior juga pernah mengadakan konsert sulung mereka di sana, walaupun terikat dengan syarat dan undang-undang oleh pihak penganjur.

Tambah lagi, kumpulan BTS sebelum ini pernah dipuji atas respon positif mereka terhadap Armys (panggilan untuk peminat BTS) yang memakai tudung, serta pernah merancang untuk mengadakan konsert jelajah mereka diseluruh tanah Arab buat pertama kali, menerusi satu temubual yang diadakan kira-kira empat tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir Sejak Januari 2019

Yang Menarik Tentang NAURA SHARES Edisi Haji