in ,

HAHAHA!HAHAHA! LoveLove OMG!OMG! CuteCute SEDIHSEDIH WinWin

Eizlan Yusof Minta Polis Mohon Maaf

Pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penafian kemalangan jalan raya membabitkan anak keduanya, Zareef Yusof, 9.

Tempoh permohonan maaf itu diberikan sehingga hujung bulan ini dan jika tiada sebarang maklum balas pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang. Eizlan berkata, permohonan maaf itu bagi membersihkan nama Zareef berikutan kenyataan pihak polis yang menafikan anaknya terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Eizlan Yusof

“Menurut kenyataan yang diberikan kemalangan hanya membabitkan kereta Toyota Vios dinaiki dua wanita kru penggambaran berusia 23 dan 43 tahun serta kereta Proton Wira dipandu seorang tukang rumah lelaki berusia 48 tahun.

“Saya tidak tahu daripada mana datangnya wanita berusia 43 tahun itu sedangkan yang memandu adalah ibu saudara Zareef iaitu Nur Zuriati Mohd Rijaluddin, 23, yang turut membuat laporan polis sejurus selepas kemalangan,”

– Datuk Seri Eizlan Yusof

Sidang media isu berkenaan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang, hari ini.

zareef

Eizlan berkata, beliau mempunyai bukti yang cukup untuk menunjukkan anaknya dan Nur Zuriati terbabit dalam kemalangan di Simpang 4, Parit Gambut, Sungai Besar, pada 11 Julai lalu.

“Kenyataan diberikan oleh Nur Zuriati tidak selari dengan apa yang diambil oleh polis bertugas.

Sepatutnya polis melakukan siasatan terperinci sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Apabila kenyataan seperti ini dikeluarkan saya tidak mahu anak dituduh penipu dengan sengaja mencari publisiti murahan dan bimbang ia akan memberi kesan kepadanya pada masa akan datang,”

– Datuk Seri Eizlan Yusof

Sementara itu, Nur Zuriati yang juga pengurus Zareef berkata, ketika membuat laporan polis dia berada dalam keadaan kurang stabil.

Eizlan Yusof

“Selepas kemalangan itu berlaku saya terus membuat laporan polis manakala Zareef dibawa ke hospital oleh Erma Fatima.

“Saya masih terkesan dengan kemalangan menimpa sehingga tidak memeriksa mengenai laporan yang dibuat,”

– Datuk Seri Eizlan Yusof

Terdahulu, tular di media sosial anak Eizlan, Zareef Yusof, 9, terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun musim kelima.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bella Dally

Ini Kisah CIKGU PENCEN Bertemu Jodoh Lakonan Bella Dally

Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir Sejak Januari 2019