in , ,

Ernie Zakri Hamil Ke, Rakan Artis Perasan Ada ‘Baby Bump’, Siap Ucap Tahniah

Sebelum ini, penyanyi Ernie Zakri pernah menafikan desas-desus yang mendakwa dia kini sedang hamil. Tapi video di Instagram siang tadi dah nampak lain macam je. Siap rakan artis pun perasan.

Bagaimanapun lain pula cerita hari ini. Hantaran video yang dimuat naik di Instagram (IG) Ernie seakan mengukuhkan dakwaan tersebut benar apabila jelas memperlihatkan ‘baby bump’.

Walaupun dalam rakaman itu pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri memilih mengenakan pakaian warna hitam namun ia tidak dapat menutupi sosok tubuhnya.

Ernie Zakri Hamil Ke, Nampak ‘Baby Bump’, Rakan Artis Siap Ucap Tahniah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula meninggalkan komen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan Ernie dan suami, Syamel dipermudahkan Allah.

@elfiraloy: I can see already, ahhh cute!

@idayuofficial: Jalan slow slow adik ye.

“@adeldraadell: Baby bump ke tu?

“@azreennnnnnnn_: Kalau kata buncit tipulah.. Sis Erni ni kecik molek orangnya.. Takkan buncit macam tu.. mesti ada something ni.

Ernie Zakri Hamil Ke, Nampak ‘Baby Bump’, Rakan Artis Siap Ucap Tahniah

Sehingga artikel ini ditulis, Ernie mahupun Syamel masih mengunci mulut mengenai hal tersebut.

Terdahulu, menerusi satu temu ramah pada 26 Ogos, pasangan sejoli ini menyatakan mereka tidak akan berahsia sekiranya mempunyai khabar gembira.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncah Alam, Selangor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas 15 Ahli Keluarga Positif, Ibu Beego Pula Dijangkiti Covid-19

Didie Alias Terima Ucapan Tahniah di Instagram, Betul Ke Tengah Hamil?