in , ,

Ernie Zakri Tak Sangka Dah Bersuami Sebelum Usia 30 Tahun

Sebelum selamat diijabkabulkan, pengantin baharu, Syamel dan Ernie Zakri mendedahkan pernah melalui fasa pasang surut dalam percintaan apabila bergaduh besar hingga tidak bertegur.

Seminggu bergelar suami, penyanyi Syamel berkata hidupnya kini lebih bermakna mempunyai seorang isteri disisi untuk berkongsi suka duka bersama.

Syamel turut meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang sempurna seperti Ernie Zakri serta berdoa perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Ernie Zakri Tak Sangka Dah Bersuami Sebelum Usia 30 Tahun

“Tiada apa yang lebih bermakna dengan adanya seseorang yang istimewa menemani kita 24 jam. Berkongsi segala kegembiraan, kedukaan dan kesedihan bersama.

“Saya beruntung dianugerahkan seorang isteri yang cukup sempurna di mata saya. Saya berdoa agar kesempurnaan itu saya nampak hingga ke akhir usia, sampai ke Jannah,” katanya.

Sementara itu, Ernie meluahkan rasa syukur doanya agar dipertemukan jodoh sebelum usia 30 tahun termakbul.

Ernie Zakri Tak Sangka Dah Bersuami Sebelum Usia 30 Tahun

“Tak sangka sebenarnya saya dah bersuami pada umur 29 tahun, Allah dengar doa saya nak berkahwin sebelum 30 tahun. Alhamdulillah sepanjang seminggu, happy naw naw,” katanya.

Terdahulu, Ernie dan Syamel diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

What do you think?

43 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Penyanyi Ai Wahida Disihir Oleh Individu Yang Dikenalinya Sampai, Muntahkan Jarum & Paku!

Minuman Herba Teh Pracampur Sulur Herba Resource