in , , ,

Harapan Erma Fatima Hancur Azhan Rani Tak Menang di Anugerah Skrin

Setelah 25 tahun berada dalam industri, penerbit dan pengarah Erma Fatima mengumumkan tidak mahu bertanding lagi di Anugerah Skrin (ASK) pada masa akan datang.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, berkata, dia mahu memberi laluan dan peluang kepada pengarah lain selepas lima kali memenangi kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam anugerah berkenaan.

Erma Fatima

Erma Fatima Umum Berhenti Bertanding di Anugerah Skrin

“Sudah cukuplah untuk saya bertanding di ASK, saya nak beri peluang kepada pengarah-pengarah yang baru pula. Saya tidak akan hantar pencalonan peribadi saya, tapi jika karya tersebut dipertandingkan untuk pelakon dalam drama itu saya tiada masalah,”

– Erma Fatima

Drama terbitan Erma berjudul Drama Pesan Dari Tuhan diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Erma Fatima turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama) dan Lakon TV Terbaik menerusi drama yang sama.

Dalam pada itu, mengulas tentang kemenangan drama tersebut, Erma berkata, dia kecewa apabila pelakon utama Azhan Rani tidak berjaya memenangi anugerah dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama.

Katanya, faktor utama kekuatan drama itu adalah menerusi barisan pelakonnya.

“Saya kecewa bila ramai pelakon-pelakon drama ini tidak berjaya bawa balik anugerah kerana bagi saya kemenangan malam ini adalah atas kekuatan mereka. Ada cerita di sebalik drama ini yang mana saya simpan selama dua tahun berikutan stesen televisyen TV3 menolak atas sebab tertentu. Tapi bila Azhan Rani memuat naik satu babak di Instagramnya dengan harapan untuk melihat drama itu di televsyen ia membuatkan saya sedar bahawa saya mementingkan diri sendiri.

“Jadi saya cuba nasib untuk menghantar drama itu di RTM pula, dan Alhamdulillah ia diterima dan akhirnya menang pada malam ini,”

– Erma Fatima

Telemovie Pesan Dari Tuhan ditayangkan pada 26 Jun lalu di saluran TV2.

Antara barisan pelakon drama berkenaan ialah Ellie Suriati, Azhan Rani, Remy Ishak dan Izreen Azminda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uqasha Senrose Bakal Bertunang dengan Hefny Sahad

SOFEA JANE

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2017 ASK17