in

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2017 ASK17

Keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Skrin ASK 2017 TV3. Malam gilang gemilang kemuncak Anugerah Skrin ASK berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada jam 9.00 malam Jumaat 3 November 2017.

Malam kemuncak ASK 2017 dihangatkan oleh gandingan 3 pengacara antaranya Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk Balas.

Untuk info, Anugerah kali ini mempertaruhkan 33 kategori bertemakan Mencipta Fenomena. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Filem Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik.

Budiey ingin mengucapkan tahniah buat semua pemenang dan bersetuju dengan juri apabila Drama Pesan Dari Tuhan menang Drama Terbaik sebab jalan ceritanya yang menyentuh rasa dan lain dari yang lain selain pelakon pun terbaik dan membawa karakter yang cukup berkesan di hati penonton. Harus diberi pujian juga apabila kualiti gambarnya pun cantik. Budiey pernah menonton drama Pesan Dari Tuhan ini di RTM ketika disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Begitu juga dengan Filem Hanyut yang sememangnya wajar menang. Tahniah!

Filem arahan U-wei Hj Saari, Hanyut berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017).

Selain itu, Hanyut turut meraih trofi Pengarah Terbaik (U-wei Hj Saari), Lakon Layar Terbaik (U-wei Hj Saari), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Diana Danielle).

Karya arahan sutradara terkenal Erma Fatima, Pesan Dari Tuhan dinobatkan sebagai Drama Terbaik.

Naskhah itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik (Erma Fatima), Lakon TV Terbaik (Erma Fatima) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Remy Ishak).

Diacarakan oleh Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk SYJ, ASK 2017 diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2017:

Rancangan Majalah Terbaik – Misi K 2016

Rancangan Realiti Terbaik – 3 Juara Akhir

Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 31

Pelakon Komedi Terbaik – Papa Sayang

Drama Komedi Terbaik – Budak Ijat

Lakon TV Terbaik – Erma Fatima: Pesan Dari Tuhan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Diana Danielle: Hanyut

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Khalid Salleh: Hanyut

Lakon Layar Terbaik – U-wei Hj Saari: Hanyut

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Azizah Mahzan: Terima Kasih Ramadan

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Remy Ishak: Pesan Dari Tuhan

Pengarah Terbaik Drama – Erma Fatima: Pesan Dari Tuhan

Pengarah Terbaik Filem – U-wei Hj Saari: Hanyut

Pelakon Wanita Terbaik Filem – Sangeeta Krishnasamy: Adiwiraku

Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Khir Rahman: Rock Bro

Pelakon Wanita Terbaik Drama – Fasha Sandha: Terima Kasih Ramadan

Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Hasnul Rahmat: Kapcai Ayah

Drama Rantaian Terbaik – My Sweet Lavender

Filem Terbaik – Hanyut

Drama Terbaik – Pesan Dari Tuhan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harapan Erma Fatima Hancur Azhan Rani Tak Menang di Anugerah Skrin

Xiaomi Umum Dua Telefon Terbaharu & Pembukaan Dua Store di KLCC