in , ,

Erma Fatima Ambil Iqbal Zulkefli Jadi Pelakon, Babak Bersama Zul Ariffin Tarik Perhatian

Dikecam teruk selepas menyertai program Big Stage, bagaimanapun, pengarah Erma Fatima mengambil ti.ndakan berani menawarkan usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli berlakon.

Sedar bahawa ti.ndakannya itu mengundang kecaman netizen, Erma berkata dia mempunyai sebab tersendiri menawarkan Iqbal berlakon.

“Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera.

“Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di kaca TV3,” katanya.

Iqbal

Bagaimanapun, Erma berkata Iqbal perlu menghadiri uji bakat terlebih dahulu selama dua hari dan usahawan itu lulus dalam ujian berkenaan.

“Iqbal perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu. Keputusan boleh berlakon atau sebaliknya ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof.

“Nyata, menerusi sesi uji bakat selama dua hari, Iqbal sangat komited hadir ke sesi latihan dan lulus dalam ujian,” katanya.

Kata Erma lagi, Iqbal hanya akan diberi watak pembantu memandangkan dia masih baru lagi dalam dunia lakonan. Tidak takut dengan kec.aman netizen kerana memilih Iqbal sebagai pelakon, Erma berkata ada perkara lain yang lebih ditakuti olehnya.

“Jujurnya, ramai menghantar mesej peribadi meminta saya tidak mengambil Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa d.osa Iqbal kepada mereka.

“Cuma, apa yang membuatkan saya risau kemungkinan saya dijadikan bahan kandungan media sosial seperti yang pernah dilakukannya terhadap individu lain sebelum ini.

“Masa nak bincang mengenai tawaran ini, saya pun bimbang akan keluar cerita tidak enak di laman maya. Jadi, saya minta rakan menemani saya. Sebelum berlaku perkara sedemikian, saya awal-awal lagi sudah beri a.maran kepada Iqbal,” katanya.

Difahamkan, penggambaran drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Zul Ariffin dan Mimi Lana.

HARI PERTAMA PENGGAMBARAN DRAMA 30 EPISOD PEREMPUAN ITU ARAHAN ERMA FATIMA

Saya sangat kagum cara Zul Ariffin bekerjasama dengan saya sebagai orang yang tidak pernah berlakon, beliau banyak bantu hidupkan watak saya. Terhutang budi Zul Ariffin sudi ajarkan saya.

Terima kasih Kak Erma Fatima sudi mengambil saya sebagai pelakon yang beri peranan besar dalam drama Perempuan Itu, bakal ditayangkan 4 April 2022 nanti.

Jika ada hari kosong, saya akan ke kursus lakonan dengan Kak Ogy secara personal. Doakan saya dapat buat yang terbaik.

Reaksi Orang Ramai

Satu jalan Allah tutup lagi 99 jalan yg lain yg lebih baik Dia bukakan utk kamu. Mungkin rezeki anda bukan di bidang nyanyian tapi awak berbakat dlm bidang lakonan jika diasah dgn baik. In Shaa Allah awak akan sukses.

Best nye berlakun dgn Zul Arifin. Buat yg terbaik Ahmad Iqbal Zulkefli semuga berjaya.

U layak berlakon jerla iqbal gudluck semoga Allah permudahkn urusan awak dlm kehidupan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat | 21

Hatta Dolmat Lancar Koleksi Busana Pengantin – DIAN By Hatta Dolmat

Chris Hemsworth | 22

“AVENGERS: ENDGAME Adalah ‘Filem Terakhir Avengers’, – Kevin Feige