in , ,

“AVENGERS: ENDGAME Adalah ‘Filem Terakhir Avengers’, – Kevin Feige

Filem Avengers: Endgame membawa Infinity Saga ke penutup yang cukup epik, dan ianya meletakkan asas dan cerita baharu untuk masa depan Marvel Cinematic Universe. 

Walaupun Endgame telah menutup satu bab penting dalam francais MCU, secara umumnya ramai mengandaikan bahawa ‘Avengers 5’ akan membuka barisan baru pasukan adiwira yang digelar ‘Earth’s Mightiest Heroes.’

Namun begitu, Avengers tidak lagi berada dalam perancangan terbaru Marvel Studious.

Dalam episod terbaru Marvel Studios Assembled (via Comicbookmovie), presiden Marvel Studios Kevin Feige mempunyai beberapa pekara yang sangat menarik untuk diperkatakan tentang masa depan MCU. 

“Marvel Studios dan Marvel Cinematic Universe kini melepasi ulang tahun kesepuluh mereka dan dengan tayangan filem Avengers terakhir, kami akhirnya telah menyiapkan 22 filem Infinity Saga,” kata bos Marvel Studios itu dalam segmen temubual. 

Secara literalnya, Feige telah memaklumkan kepada peminat bahawa Avengers: Endgame adalah yang terakhir buat ‘Avengers,’ dan Marvel Studios telah menutup pintu pada salah satu francais yang paling menguntungkan sepanjang zaman. 

Kini, pasukan adiwira manakah yang akan menggantikan Avengers masih lagi dilihat. Marvel memiliki banyak pasukan adiwira, dan kesemuanya ditunjukkan dalam komik mereka.

Dengan beberapa pengenalan watak baru yang terdiri dari remaja, tidak mustahil ‘Young Avengers’ akan menjadi taruhan, atau mungkin juga, pasukan yang dikenali sebagai Illuminati – berdasarkan trailer Doctor Strange in the Multiverse of Madness – akan menggantikan Avengers bagi melindungi dunia dari ancaman luar, sepertimana yang dilakukan pasukan adiwira terdahulu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal | 20

Erma Fatima Ambil Iqbal Zulkefli Jadi Pelakon, Babak Bersama Zul Ariffin Tarik Perhatian

Neo Wellness | 21

NEO Wellness Pertaruh Rawatan Bekam Bersepadu