in ,

Senarai Pencalonan ERA Digital Muzik Awards (ERADMA) 2017

ERA Digital Muzik Awards Kini Kembali! 

Saksikan #ERADMA2017 Secara Langsung Melalui Facebook ERA pada 25 Januari 2018 (Khamis), Jam 9 Malam!

  • Tahun ini, merupakan tahun kedua ERADMA dianjurkan. Acara ini adalah memperkenalkan sebuah anugerah yang menggunakan sepenuhnya medium digital dan sosial media sebagai landasan utama dari sudut promosi, pengundian, dan boleh ditonton secara eksklusif di Facebook LIVE ERA.
  • Motif ERADMA adalah untuk memberi penghargaan dan kepuasan kepada pengguna sosial media yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanahair untuk memilih siapakah kegemaran mereka. Segala pengundian 100% dilakukan secara digital melalui website era.je.

LOGO ERADMA2017

Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas,

“Kemeriahan ERADMA 2017 dianjurkan pada tahun lalu membuahkan hasil yang sangat menggalakkan. Kami menerima permintaan yang tinggi dari pengikut ERA untuk menganjurkan sekali lagi anugerah digital sebegini. Tahun ini, ERADMA memperkenalkan beberapa kategori baharu yang lebih menarik berdasarkan jenama ERA. Memandangkan anugerah ini sepenuhnya fokus terhadap ruangan digital, segala kategori yang dipersembahkan juga turut mengikut trend terkini yang lebih terjerumus ke arah sosial media, perkara-perkara tular, dan kandungan video ERA yang menjadi kegemaran ramai. Harapan pihak ERA sendiri adalah agar acara ini dapat memberikan kepuasan kepada pengikut ERA dan anak-anak seni zaman kini.”

SENARAI PENCALONAN ERADMA 2017
 
Lagu Viral ERA Pematah Hati (Nabila Razali)

Jampi (Hael Husaini)

Sabar (Ismail Izzani)

Senyum – As’ad Motawh

Pertama Kali (Shaa)

Temubual Terbaik Carta ERA 40 Neeofa, Fatin Afeefa, Syafiq Kyle ( Red Velvet )

Hazama, Kamal Adli & Syariff Zero

Siti Nordiana

Caliph Buskers

Artis ERA Jaa TV Terbaik Elfira Loy

As’ad Motawh

Tajul

Upiak

Wany Hasrita

Lagu Cover Terbaik ERA Aishah – Projector Band

Warkah Untukku  – Ara Johari

Luluh – Khai Bahar

Sayang Maafkan Aku – Syafiq Farhain

Ku Hanya Sayang Padamu – Aiman Tino

Personaliti Lari Bidang Terbaik ERA Achey

Abam Bocey

Hisyam Hamid

Wawa Zainal

Mia Ahmad

Penyanyi Kolaborasi ERA Wany Hasrita & Tajul – Disana Rindu Disana Cinta

Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh, Muaz – Kullul Hubbi

Faizal Tahir & Azmi Caliph Buskers – Buta

Zizan & Sonaone – Chentaku

Malique & Dayang Nurfaizah  – Pejamkan Mata

Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40

 

Masa Siaran                                    :            Karpet Digital , 8.30 malam

ERA Digital Muzik Awards (ERADMA), 9 malam

Siaran Langsung                        :            Menerusi Facebook LIVE ERA

Undian : Sebelum 21 Januari 2018

Cara Undian                                    :            Menerusi EDMA.era.je

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Farid Kamil Tampar Polis, Sofi Jikan Syak Mungkin Ada Provokasi

Tyra Banks Kini Jadi Hos Terbaharu AMERICA’S GOT TALENT