in

Episod Terakhir Drama Lara Hati

EPISOD TERAKHIR BAKAL MENGGAMIT JIWA PENONTON

Drama sayu Lara Hati kini hampir tiba ke penghujungnya dengan seribu satu pertanyaan – Adakah Hadif (lakonan Rusdi Ramli) akan memilih Rosalinda (lakonan Noorkhiriah) atau Rosnida (lakonan Sharifah Sakinah). Episod terakhir yang bakal menjawab segala pertanyaan ini akan menemui penonton pada 18 Jun (Isnin),jam 8.30 malam melalui slot Ratu di TV9 (Saluran 119).

Sebelum ini, penonton telah melihat bagaimana Rosalinda yang ingin memulakan hidup baru terpaksa memendam perasaannya apabila mendapat tahu Hadif rupa-rupanya adalah teman lelaki adiknya, Rosnida. Walaupun mencintai Hadif dengan sepenuh hati, Rosalinda terpaksa mengorbankan cintanya untuk melihat adiknya bahagia. Begitu banyak halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh Rosalinda sehingga terpaksa melinangkan air mata wanitanya hampir setiap hari apabila mengenangkan nasibnya yang malang dalam cinta.

Faezah Elai Lara hati

Walaupun tahu ia adalah agak mustahil, Hadif pula sering bertanyakan pada dirinya jika Rosalinda adalah cinta sejatinya. Tidak seorang pun tahu isi hati sebenar Hadif yang dicintai oleh dua adik beradik ini dan begitu tabah pula Rosalinda melalui episod-episod yang menyayat hati ini. Jika kita berada di dalam situasinya, kuatkah kita untuk merentasinya? Sama- sama kita luangkan masa untuk tonton episod terakhir Lara Hati pada 18 Jun ini (Isnin) jam 8.30 malam.

CINTA YANG DICARI KEMBALI LAGI?

Setelah tamatnya kisah hidup Rosalinda dalam Lara Hati, drama seterusnya yang bakal mewarnai slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam adalah Andai Kutahu, sebuah cerita cinta yang pasti akan menggamit emosi para penonton TV9. Drama yang akan mula bersiaran pada 19 Jun ini membariskan pelakon-pelakon yang mampu menjiwai watak dengan begitu berkesan sekali iaitu Ezany Nizariff, Faezah Elai dan Natasha Hudson.

Semuanya bermula apabila pasangan suami isteri, Johan (lakonan Ezany Nizariff) dan Shariza (lakonan Faezah Elai) telah merancang untuk bercuti dan ketika dalam perjalanan ke destinasi percutian, mereka telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu Johan telah terhumban ke dalam gaung dan apa yang lebih mengejutkan adalah Shariza telah hilang sejurus selepas kemalangan tersebut!

Kehilangan Shariza telah meninggalkan trauma yang tidak terperi terhadap Johan. Walaupun selepas bertahun-tahun tragedi itu berlaku, sehingga kini Johan tetap tidak berputus asa untuk mencari isteri yang dicintainya itu. Hari berganti hari namun Shariza masih belum ditemui.

Faezah Elai Lara hati

Setelah sekian lama bersendirian dan di atas pujukan keluarga, akhirnya Johan bersetuju untuk berkahwin dengan Adura (lakonan Natasha Hudson) demi masa depan anaknya, Ezad, yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.

Situasi menjadi kian menghairankan apabila Adura hampir terlanggar Shima ketika hendak menghantar Ezad ke tadika. Shima yang wajahnya benar-benar seiras dengan Shariza itu menjadi semakin rapat dengan Adura semenjak dari hari tersebut. Apabila Johan bertemu dengan Shima, ia memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya. Bagi Johan, yang berdiri di hadapannya adalah Shariza! Shima yang kelihatan pelik dengan Johan menafikan sekerasnya anggapan Johan itu.

Johan tidak senang duduk sejak bertemu dengan Shima. Seperti mana dia tidak berputus asa untuk mencari Shariza satu masa dahulu, kini dia akan meneruskan pencariannya itu. Adakah benar Shima adalah Shariza atau adakah mereka hanya pelanduk dua serupa? Adakah kemunculan Shima hanyalah imaginasi Johan yang tertekan akibat tragedi yang berlaku bertahun-tahun yang lepas?

Anda pasti tidak mahu terlepas untuk menyaksikan kesemua episod drama Andai Kutahu mulai 19 Jun ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam, hanya di TV9.

Faezah Elai Lara hati

Faezah Elai Lara hati

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro On The Go Melengkapi Gaya Hidup Budiey

Drama Terbaru di TV3 Naziha & Bukan Bidadari di Slot Zehra & Lestary