in , ,

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini dalam GHOSTING

Kisah percintaan anak muda yang rumit dan dinamik amat menarik untuk diterokai dan dijadikan inspirasi untuk karya seni. Inilah yang dilakukan oleh Ben Utomo.

Tidak lama selepas melancarkan album INDO KID, lebih tepat pada April 2021 yang lalu, menjelang akhir suku ketiga 2021, Ben sekali lagi bakal melancarkan single terbaru dengan tema romantik, berjudul “Ghosting” dengan menampilkan dua rakannya, Benny Fasak dan Si Pattra.

“Walaupun saya agak baru juga melancarkan album INDO KID, namun saya merasakan sekarang adalah masa yang tepat untuk melancarkan satu lagi single baru,” kata Ben membuka perbualan. Bercakap mengenai tajuk lagu yang juga merupakan istilah yang kini semakin kerap digunakan dalam kehidupan seharian, Ben menjelaskan, “Inspirasi untuk tema lagu ini sebenarnya adalah kisah cinta yang mungkin dialami oleh ramai orang. Ketika kita merasa selesa dengan seseorang, tetapi orang itu sebenarnya bukan sahaja memberikan harapan palsu, malah hilang begitu saja. Inilah intipati lagu ‘Ghosting’.”

“Jika anda dengar, dalam bait pertama saya bercakap tentang hubungan mesra dengan seorang wanita, tetapi tiba-tiba dia menghilang. Semasa di bait kedua, saya pula yang menghilang. Saya yakin ini adalah sesuatu yang mungkin biasa dialami oleh ramai anak muda di masa kini. Saya harap pendengar akan dapat mengaitkan perspektif cerita yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini,” jelasnya lebih lanjut.

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini dalam GHOSTING

Tidak sendirian, Ben bekerjasama dengan dua kolaborator, iaitu Benny Fasak dan Si Pattra, untuk membantunya menyampaikan naratif dengan lebih berkesan.

Bercakap mengenai kisah di sebalik kolaborasi itu, Ben berkata, “Sebenarnya kedua-duanya adalah rakan saya. Pada masa itu, kami semua berada di rumah saya melepak bersama. Ketika melepak itulah lahirnya idea untuk membuat lagu bersama.”

Mengambil kedudukan masing-masing, iaitu Benny dan Pattra sebagai penyanyi sementara Ben sebagai rapper, ada sesuatu yang menarik di sebalik penghasilan lagu ini. Prosesnya agak mudah dan tidak menghadapi apa-apa halangan.

“Produksi dilakukan ketika kami sedang melepak bersama. Kami berjaya mencipta lagu tersebut pada waktu itu. Dari proses penulisan hingga penyusunan lagu hanya memakan masa sekitar satu jam. Proses yang memakan masa hanya pada bahagian mixing dan mastering,”

– Ben Utomo

Lagu tersebut yang disiapkan hanya dalam beberapa minit membuktikan bakat, etika kerja, dan kesungguhan Ben dalam kerjanya. Selaras dengan ini, Ben menjelaskan bahawa dia sedang sibuk menyusun lagu untuk projeknya yang akan datang, yang menampilkan beberapa bintang undangan yang tentunya masih dirahsiakan identiti mereka, tetapi pasti akan menjadi sesuatu yang tidak kurang istimewa daripada “Ghosting.”

Buat masa ini, mari kita nikmati lagu dan kisah yang Ben Utomo persembahkan dalam “Ghosting” yang turut menampilkan Benny Fasak dan Si Pattra di semua platform muzik digital pilihan anda.

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini dalam GHOSTING

Sekilas Tentang Ben Utomo

Ben Utomo memulakan karier rap secara profesional pada tahun 2014, dan telah menempa nama dalam kancah hip-hop Indonesia melalui pelbagai single yang mempamerkan lirik yang menyengit, jujur dan tanpa kompromi, perspektif unik dan tulen terhadap hip-hop serta penampilan uniknya. Pergaulan Ben dengan pemuzik dari genre muzik lain juga banyak mempengaruhi muzik dan seleranya dalam berkarya.

Walaupun Ben Utomo telah menguasai pentas di berbagai festival besar, dia masih tidak melupakan akar di mana dia bermula. Kehebatan Ben dalam mewakili hip-hop juga terbukti melalui koleksi video di laman YouTube miliknya yang telah ditonton oleh ratusan ribu hingga berjuta-juta tontonan. Di masa akan datang, dengan bakat dan potensi yang ada pada dirinya, nama Ben Utomo pasti akan lebih terkenal dalam dunia hip-hop, tidak hanya di Indonesia, tetapi juga di seluruh dunia.

Instagram: @benutomo

Twitter: @indokidram

Facebook: facebook.com/indokidram

YouTube: Ben Utomo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Intan Najuwa Dah Tak Nak Kongsi Kisah Peribadi Untuk Tatapan Umum

Elyana Terpaksa Ditahan di Hospital Selepas Lebih Sebulan Menahan Sakit