in

Elvira Mengulangi Kemenangan Buat Kali Kedua!

Kesemua persembahan protégé diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka.

Elvira telah ‘overpower’ nyanyian Misha Omar!” Itulah kata-kata juri tetap, Edry Abdul Halim sambil memberikan Elvira tepukan gemuruh. Elvira dan mentornya, Misha Omar telah berduet menyampaikan lagu “Fantasia Bulan Madu” dengan begitu sempurna walaupun mereka berdua sebenarnya sedang sakit tekak.

Selain itu, persembahan solo Elvira dengan lagu ‘Matahari’ nyanyian asal Agnes Monica turut memukau penonton dan menambat hati juri tetap, sehinggakan Mark Adam menggambarkan persembahan Elvira itu sebagaipersembahan paling menyerlah pada malam itu.

MENTOR OTAI

“Sebagai mentor kepada Elvira, saya amat bangga dengan peningkatan dan mutu persembahan anak didik saya. Elvira telah menunjukkan kesungguhan dalam mempelajari pelbagai teknik nyanyian lagu-lagu melayu. Saya menyanjungi semangat Elvira untuk belajar kerana Elvira mengenepikan pengalamannya sebagai penyanyi berlainan genre selama ini dan membuka mindanya untuk mempelajari genre-genre muzik kesukaan masyarakat kita.

Alhamdulillah, peminat Elvira juga bersikap terbuka dengan perubahan Elvira. Malam ini pula, Elvira telah buktikan bahawa dia tidak akan putus asa dan Elvira mahu menang pertandingan ini. Oleh itu, saya mengharapkan sokongan dan undian daripada penyokong Elvira tidak akan putus dan terus menyokong karier Elvira selepas Mentor Otai ini berakhir.”

Misha Omar

Selain itu, protégé kepada Zarul Husin, Lokman telah tersingkir setelah pengumuman protégé di dua tangga terbawah bersama protégé Siti Sarah, Alina. Alina telah diberikan peluang oleh Edry Abdul Halim apabila beliau merasakan dua penyingkiran pada malam itu adalah terlalu berat. Oleh itu, protégé yang berjaya mara ke KonsertAkhir Mentor Otai minggu ini adalah Elvira (Misha Omar), Alina (Siti Sarah), AJ (Tam Spider), serta Azee (Zarul Husin). 

MENTOR OTAI

Menyingkap kembali pada malam itu, Konsert Separuh Akhir  Mentor Otai menampilkan persembahan peserta ujibakat pilihan bernama Allisondengan lagunya “Goyang Dumang”, dan Konsert Separuh Akhir Mentor Otai itu telah diakhiri dengan persembahan Malik Zabarjaddengan lagu “Karam”. Para protégé pula telah membuat persembahan seperti di dalam jadual dibawah. 

PROTEGELAGU (SOLO)LAGU (DUET BERSAMA MENTOR)
Lokman(Zarul Husin)Di Alam Fana Cinta(Fotograf)Lagu Jiwa Lagu Cinta(Mawi & M. Nasir)
Alina(Siti Sarah)Sembilu(Ella)I Have Nothing(Whitney Houston)
Elvira(Misha Omar)Matahari(Agnes Monica)Fantasia Bulan Madu(Search)
AJ(Tam Spider)Tiada Lagi Kidungmu(Lefthanded)Malam(M. Nasir)
Azee(Zarul Husin)Ku Ke Udara Lagi(Francesca Peter)Seiring & Sejalan(Sharifah Aini & Broery Marantika)

Markah mereka akan ditambahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web www.xtra.com.my/mentorotai.Protégé yang mempunyai markah terendah di setiap akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir. 

MENTOR OTAI

Para penonton pula telah memulakan tugas mereka sebagai pengadil persembahan protégé Mentor Otai melalui undian atas talian bermula pukul 6.00 petang sehingga diumumkan waktu talian undian ditutup. Dengan melayari www.xtra.com.my/mentorotai,seorang penonton boleh mengundi sebanyak tiga kali, tidak kira mana-mana protégé.

Contohnya, mereka boleh mengundi Azran sebanyak tiga kali, atau meletakkan satu undian untuk Azran, Elvira, dan Alina. Undian mereka akan diambil dikira sehingga persembahan terakhir konsert mingguan tersebut dan markah keseluruhan setiap protégé akan diset semula di minggu hadapan.

MENTOR OTAI

Dalam pertandingan nyanyian ini, selain memenangi trofi Mentor Otai yang akan dianugerahkan kepada penyandang gelaran Juara, Naib Juara, dan tempat ketiga, para protégé juga akan merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM170,000. Juara Mentor Otaiakan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, manakala hadiah wang tunai untuk pemenang Naib Juara Mentor Otaiadalah RM50,000dan tempat ketigaadalah berjumlah RM20,000

Bersama Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program ini juga menampilkan Mark Adamdan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

MENTOR OTAI

Mentor Otai diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Program ini juga mendapat sokongan geng media seperti Geng Media Online BH Onlinedan Oh! Bulan, sertaGeng Strim LiveHDtonton.

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi di TV3 bermula pada 23 Mac atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor Otaisetiap hari Ahad, 6.00 petangbermula 18 Mac 2018.

Buat para peminat yang ingin menyaksikan Mentor Otai secara langsung, kehadiran anda dialu-alukan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dan masuk adalah percuma! Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtaiuntuk hangatkan lagi perbualan di media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Big Stage Minggu Ke-4 Bertemakan Cover Tapi Bukan Aku

Lagu Terbaru Tulis Berjudul LABIRIN Kini di Spotify