in , ,

Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri

Sudah lama mengulam kasih dan mengikat tali pertunangan, rupanya Elisya Sandha dan anak Sheila Rusly, Uzair Haqimy telah pun selamat bernikah pada hari ini.

Pelakon Elisya Sandha, 21, sah bergelar isteri kepada pengurus produksi, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, jam 3.11 petang ini.

Pasangan mempelai yang menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun lalu itu bernikah dengan berwali bapa pengantin perempuan, Mohd Faisal Abdullah.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon wanita tersebut menerusi Insta Story di laman Instagram miliknya. Daripada perkongsian Alha Alfa, lelaki itu yang dipertanggungjawab untuk menyolek Elisya bersempena hari berbahagia ini.

Dalam majlis serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri

Elisya berkata, mengikut perancangan, majlis sepatutnya berlangsung pada 22 Februari, tahun depan.

“Sejujurnya, perancangan berkahwin hari ini diputuskan pada saat akhir. Saya dan suami terus melakukan persiapan perkahwinan serba sederhana apabila mendapat tarikh pernikahan, kira-kira dua minggu lalu.

“Kami mahu mempercepatkan majlis pernikahan berikutan situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu.

“Jadi, kami laksanakan apa yang wajib dahulu. Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis keraian di kampung halaman di Perlis. Cuma, tarikhnya belum ditetapkan lagi,”

Mengulas mengenai suaminya, Elisya menyifatkan anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly sangat bertanggungjawab.

“Paling utama, saya tertarik sikap suami yang mengambil berat dan menyayangi keluarganya. Inilah ciri-ciri yang dilihat menjadi jaminan suami boleh menjaga saya dengan baik.

“Kami sudah lama berkawan dan mengharungi pelbagai ujian bersama sejak saling kenal di bangku sekolah lagi,” katanya.

Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri

Mengulas perancangan selepas mendirikan rumah tangga, pelakon drama Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu berkata, suami sudah membeli kediaman sebagai persediaan berumah tangga.

“Cuma, buat masa ini, kami mahu meluangkan masa dengan keluarga. Lepas ini, barulah fikir berpindah ke rumah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Uzair berkata, dia menyenangi keperibadian isterinya.

“Elisya cukup menenangkan hati. Kami saling melengkapi diri antara satu sama lain. Ini fasa baharu dalam kehidupan kami.

“Kini, kami perlu lebih serius memikirkan soal tanggungjawab. Semoga perjalanan hidup kami dipermudahkan,” kata Uzair.

Elisya yang anggun mengenakan persalinan rekaan Teh Firdaus dan solekan oleh Datuk Alha Alfa menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima oleh pihak pengantin lelaki.

Majlis akad nikah itu dipancarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom membabitkan adik-beradik, sanak saudara dan rakan rapat, petang ini.

Terdahulu, Elisya dan Uzair bertunang pada majlis sederhana dihadiri 15 tetamu di kediaman kakaknya yang juga aktres popular, Fasha Sandha di Ampang pada 31 Januari lalu.

*Sumber: BH Online

Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri
Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri
Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri
Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri
Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri
Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri
Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dengar Je Interpol Nak Cari, Ini Reaksi Nadir Al-Nuri

‘Ujian di Akhir Zaman Ini Lain Macam’ – Nabil Ahmad