in ,

‘Ujian di Akhir Zaman Ini Lain Macam’ – Nabil Ahmad

Penghijrahan seseorang individu ke arah yang lebih baik tentunya akan hadir bersama pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perjalanan itu.

Bagi pelakon, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, ramai sedia maklum mengenai proses penghijrahannya.

Sepanjang perjalanan proses itu, Nabil tidak menafikan dia berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan besar terutamanya dalam beristiqamah.

“Dalam amal ibadah, cabaran dan ujian terbesar adalah untuk terus istiqamah. Saya juga berdepan dengan cabaran ini contohnya untuk memastikan saya dapat bangun untuk menunaikan solat tahajud.

“Pada awal-awal proses perubahan ini, memang saya sangat rajin tapi perlahan-lahan, mulalah diuji dengan beberapa hal contohnya mula lewat sedikit dan kadang-kadang, hanya mampu menunaikan solat Subuh saja,” katanya.

Berkongsi lagi mengenai kisah penghijrahannya, Nabil turut berkongsi apa yang dilaluinya saat awal-awal mula memilih jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Semua Perkara Nak Tegur

“Ujian yang lebih dahsyat ialah apabila semua benda kita nak tegur. Tengok isteri sendiri pun saya asyik nak tegur saja macam ada saja benda yang salah.

“Dari situ, saya mula belajar bahawa setiap benda yang kita nak tegur, ada cara terbaik sebab semua orang tidak sempurna termasuklah diri kita sendiri.

“Dari situ juga saya mula belajar untuk sentiasa bersangka baik dengan orang atau husnuzon. Perlahan-lahan saya praktikkan dalam kehidupan, dalam keluarga, isteri dan adik-beradik saya,” katanya.

Nabil bersyukur dalam tempoh pandemik ini masih lagi diberikan rezeki daripada Allah.

Pengacara program Gegar Vaganza itu juga meluahkan rasa syukur kerana proses penghijrahannya juga turut mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat dan orang di sekelilingnya.

“Saya sendiri pun tak sangka, sahabat-sahabat saya di kampung pun tergerak hati untuk turut sama memperbaiki diri bersama dengan saya.

“Baru-baru ini, ada sahabat menghubungi saya dan bertanya macam mana nak mulakan langkah untuk belajar ilmu agama. Jadi, kami sama-sama adakan kelas ilmu secara virtual dipimpin seorang ustaz.

“Alhamdulillah, setakat ini tak ada lagi orang yang menjauhkan diri daripada saya walaupun saya dah berhijrah. Kalau dulu, memang ada yang jauhkan diri sebab perangai saya,” katanya bergurau.

Cukup dikenali menerusi program-program hiburan, Nabil masih akan terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengacara, namun akan terus menyuntik sedikit ilmu buat penonton.

“Selagi diberi peluang oleh Astro, saya akan menjalankan tanggungjawab saya. Kalau program yang saya acarakan itu program hiburan 100 peratus, saya akan selitkan juga sedikit ilmu yang saya belajar contohnya kisah teladan dan sebagainya buat penonton.

“Saya tidak akan tinggalkan platform ini kerana kalau difikirkan, berapa ramai saja yang dapat peluang begini. Jadi, saya boleh gunakan platform ini untuk berdakwah dan berkongsi ilmu dengan penonton,” katanya.

Terbaru, Nabil bersyukur kerana dalam tempoh pandemik Covid-19 ini, dia masih lagi diberikan rezeki daripada Allah.

“Saya akui banyak program-program yang tak dapat dijalankan dalam tempoh sekarang dan memang tak ada pendapatan sampingan. Sekarang, 100 peratus pendapatan saya bergantung kepada program Astro.

“Terbaru, saya akan muncul dalam satu program animasi menampilkan saya sebagai watak animasi di TV tidak lama lagi,” katanya

‘Ujian Di Akhir Zaman Ini Lain Macam’ – Nabil

Nabil Ahmad melihat perubahan ramai selebriti yang mula berhijrah ke arah kebaikan dan menutup aurat adalah sesuatu yang patut disyukuri.

Nabil berkata, dia juga bersyukur dengan perkembangan positif isterinya yang kini juga dalam proses untuk memperbaiki diri sebagai wanita Muslim.

“Tahniah dan saya bersyukur sangat apabila melihat perubahan ini. Saya tengok isteri saya berubah pun saya dah bersyukur.

“Saya doakan mereka terus istiqomah kerana ujian kita di akhir zaman ini lain macam. Kita takut Allah bagi hidayah dan Dia tarik balik,” katanya kepada Harian Metro.

Salah satu langkah dan usaha isterinya, Nazirah Ayub untuk memperbaiki diri adalah dengan memadam gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di Instagram.

“Kelmarin, kami sibuk memadam gambar-gambar lama. Saya cakap, buanglah. Tak kisah kalau dia nak arkibkan atau apa, tapi padam dari tempat yang boleh dilihat. Ini kerana kita tak tahu, bila Allah nak ambil (nyawa). Bila Allah ambil sahabat-sahabat kita, saya rasa baik kita teruskan berada di jalan Allah setiap masa. Kita tak tahu, entah esok atau lusa, saya pula yang pergi,” katanya.

Apa pun, berita mengenai beberapa rakan selebritinya yang mula menutup aurat mula tular beberapa hari ini begitu menggembirakannya.

“Selepas pemergian Sarah (Siti Sarah Raissuddin), ramai yang mula berubah ke arah yang lebih baik dan itu benar-benar menggembirakan. Mungkin pemergiannya menjadi asbab untuk perubahan ini. Ini yang kita tahu (artis-artis yang mula bertudung). Belum lagi orang-orang lain yang kita tak tahu. Semoga apa yang berlaku mengalirkan pahala buat Allahyarham,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri

Vivo Y21 Dilancarkan – Cip MediaTek Helio P35, Dwi-Kamera Utama & Bateri 5000mAh