in ,

‘Ibu Percaya Faris Boleh Jaga Saya’ – Elfira Loy

Memetik laporan dari Berita Harian, melaporkan tempoh perkenalan singkat tidak menghalang Elfira Loy menerima lamaran tunang, Muhammad Faris Khairol Anuar kerana terpikat dengan keperibadian dan sikap jejaka itu.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy, 24, memberitahu ketika ditemui di majlis pelancaran kempen AirAsia #Throughthelens di Nathalei Gourmet I’Espace di Petaling Jaya. Elfira mengatakan perancangan hari bahagia mereka lancar malah disambut baik keluarga kedua-dua pihak.

Ada Sebab Elfira Loy Rahsiakan Pertunangan

“Faris hormat dan faham bagaimana keluarga saya. Malah, dia ada visi masa depan. Apa yang lebih penting, emak saya percaya dia boleh menjaga saya.

“Semuanya berlaku dalam tempoh pantas dan mudah.

“Saya bersyukur dengan apa yang terjadi dan hargai setiap detik. Tidak lupa, saya berdoa ikatan kali ini adalah yang terbaik buat saya dan berkekalan hingga jenjang pelamin.

“Keluarga saya berpegang kepada adat… Jadi, kami membuat keputusan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Semoga semua perancangan dipermudahkan.”

Awal September, majlis merisik dan bertunang dilaporkan diadakan secara tertutup di kediaman Elfira di ibu negara.

Sementara itu, Elfira belum bersedia mendedahkan tarikh majlis pernikahannya. Sebaliknya, dia hanya menjelaskan, mereka bakal disatukan tahun depan.

Tambah Elfira, dia dan Faris sudah mengikuti kursus perkahwinan namun belum membuat persiapan untuk hari mereka disatukan.

“Tarikh kahwin dalam hati saya, siapa boleh baca hati saya mesti dapat agak,”

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017. Namun, hubungan mereka secara rasminya terputus pada 18 Februari lalu. – BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan Buku Terbesar BIG BAD WOLF Kembali Disember Ini

Zahirah MacWilson Jawab Isu Pakaian Harajuku di Tokyo