in

Jualan Buku Terbesar BIG BAD WOLF Kembali Disember Ini

JUALAN BUKU BIG BAD WOLF kembali lagi tahun ini dengan menawarkan lebih daripada 4.5 juta naskhah buku untuk penggemar buku.

Jualan Buku Big Bad Wolf, yang terkenal sebagai jualan buku terbesar di dunia, akan membuat kemunculan sekali lagi pada tahun ini di Kuala Lumpur.

BIG BAD WOLF Terbesar di Dunia

Jualan buku tahunan ini akan dianjurkan selama 11 hari, bermula dari 7 hingga 17 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan. Pintu akan dibuka selama 24 jam dan masuk adalah percuma.

BIG BAD WOLF

Terdapat lebih daripada 4.5 juta naskhah buku dengan potongan harga 75% – 95% dari harga runcit. Pengunjung juga boleh mendapatkan pilihan buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina daripada pelbagai kategori seperti buku jualan terlaris, novel remaja, buku kanak-kanak, novel romantis, sains, jenayah, seram, buku perniagaan, seni dan reka bentuk, buku masakan, dan banyak lagi.

Yang Terkini Yang Sensasi

Jualan Buku Big Bad Wolf yang ke-10 ini telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2009. Meskipun perniagaan semakin maju, matlamat mereka tetap sama, – untuk memudahkan akses bahan bacaan untuk setiap lapisan masyarakat.

“Walaupun sudah bertahun-tahun menguruskan Jualan Buku Big Bad Wolf, komitmen kami masih kekal. Kami ingin terus memupuk budaya minat membaca dan berharap dapat meningkatkan tahap celik huruf dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pada pendapat saya, membaca adalah jambatan ilmu. Dengan adanya ilmu, ia dapat mendorong kita untuk melakukan apa sahaja”, Andrew Yap, Pengasas Big Bad Wolf Books.

Bagi golongan pelajar sekolah, pelbagai jenis buku pembelajaran boleh didapati daripada penerbit buku tempatan yang terkenal seperti Kualiti, Sasbadi, Nusamas, Cemerlang dan Pelangi. Selain itu, penerbit daripada Karangkraf, PTS, Pakeer dan Pustaka Azhar juga turut menyediakan novel kontemporari Malaysia di jualan tersebut.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila kunjungi www.bigbadwolfbooks.com.

Ikuti #BBWKL2018 di: FACEBOOK: fb.com/bbwbooks INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks

Untuk foto-foto resolusi tinggi dan informasi tambahan media, lawati: bit.ly/BBWKL2018.

Terkenal sebagai jualan buku terbesar di dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf menyediakan buku- buku dengan penawaran harga terendah serta diskaun setinggi 75% hingga 95%. Matlamat utama mereka adalah untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat dengan memberi kemudahan akses untuk bahan bacaan pada harga mampu milik.

Jualan buku ini menawarkan pelbagai buku daripada pelbagai kategori, termasuk buku jualan terlaris, fiksyen dan bukan fiksyen, fiksyen remaja, serta pelbagai koleksi buku kanak-kanak.

Jualan buku terunggul ini, yang diadakan oleh pengasas BookXcess, Andrew Yap dan Jacqueline Ng, telah menjadi satu acara tahunan istimewa di Kuala Lumpur, Malaysia sejak tahun 2009.

Jualan buku besar-besaran ini telah merentasi bandar-bandar di Malaysia dan di luar negara seperti Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Taiwan dan Dubai, memenuhi permintaan peggemar buku di seluruh dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari PAYUNG MAHKOTA, PEWARIS TAKHTA

‘Ibu Percaya Faris Boleh Jaga Saya’ – Elfira Loy