in , ,

Eizlan Yusof Bakal Tamatkan Zaman Duda, Bakal Nikahi Wanita Mualaf

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, bakal menamatkan zaman duda dengan wanita mualaf berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville, 29, pada 12 Disember ini.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, bakal menamatkan zaman duda dengan wanita mualaf berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville, 29, pada 12 Disember ini. Pengumuman itu dibuat Eizlan dalam majlis sidang media yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya pada 2 Disember 2019.

Walau bagaimanapun, Eizlan mengambil pendekatan merahsikan wajah bakal suri hidupnya itu sehingga hari pernikahan mereka minggu hadapan.

Eizlan Yusof Bakal Tamatkan Zaman Duda, Bakal Nikahi Wanita Mualaf

Untuk meraikan hari bahagia mereka, pasangan itu telah merancang sebanyak empat majlis iaitu malam berinai pada 11 Disember, akad nikah (12 Disember), majlis resepsi (13 Disember) dan malam penghargaan (14 Disember).

Berkenalan sejak empat tahun lalu, Eizlan berkata dia tertarik hati dengan perwatakan kelakar wanita kelahiran Kuala Lumpur itu yang bekerja dalam sektor perhotelan.

“Kami berkenalan sejak empat tahun lalu menerusi seorang kenalan. Saya sangat menyenangi sifat lucu yang dimilikinya selain kami mempunyai hobi yang sama iaitu menyelam.

“Saya melamarnya tiga bulan lalu dan orang pertama yang saya minta kebenaran ialah daripada ketiga-tiga anak saya.

“Anak-anak semua menyenangi Auntie Chacha dan dia pun sangat prihatin dan menyayangi anak-anak saya. Mereka melompat kegembiraan bila tahu saya nak kahwin semula.

“Dia sudah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu dan secara spontan sahaja saya melamarnya pada bulan September lalu,”

– Datuk Seri Eizlan Yusof

Bercerita lanjut mengenai majlis empat hari berturut-turut yang akan dijayakannya itu, Eizlan berkata perkara itu semua diuruskan oleh rakan-rakan baiknya dalam Angkatan Pertahanan Awam.

“Saya bersyukur dikelilingi ramai rakan-rakan yang sayangkan saya dan mereka masing-masing nak menyumbang dalam majlis ini.

“Kalau boleh saya nak adakan secara ringkas sahaja tapi mereka bermurah hati nak menyumbang,”

– Datuk Seri Eizlan Yusof

Beliau akan menggayakan persalinan perkahwinan istiadat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas 10 Tahun Donnie Yen Muncul Dalam Aksi Terakhir IP MAN 4: THE FINALE

Syamel Tunjuk Kemarahan Dalam Single CURANG