in , ,

Selepas 10 Tahun Donnie Yen Muncul Dalam Aksi Terakhir IP MAN 4: THE FINALE

Filem-filem bercorak aksi seni mempertahankan diri antara genre yang sering menjadi kegemaran penonton di Malaysia.

Siri filem IP Man adalah salah satu naskhah aksi seni mempertahankan diri dari Hong Kong yang telah menghiburkan penonton semenjak filem pertamanya ditayangkan dan akan berakhir dengan IP Man 4: The Finale. 

Akan ditayangkan pada 20 Disember 2019, filem terbitan Mandarin Film ini masih mengekalkan Donnie Yen sebagai teraju utama di samping Wilson Yip selaku pengarah.

IP MAN 4: THE FINALE

Donnie berkata, pengalamannya dalam membawakan watak sebagai Ip Man sebelum ini banyak membantu dirinya untuk menjayakan filem tersebut.

“Pengalaman yang saya ada membantu saya menghayati watak ini dengan lebih mendalam, namun ia bukanlah satu perkara yang mudah.

“Bagaimanapun, saya berasa sangat bertuah kerana dapat memegang watak yang sama sebanyak empat kali,”

– Donnie

Bagi menjayakan babak pertarungan pula, pelakon itu menjelaskan bimbingan daripada Yuen Woo Ping yang bertindak selaku pengarah aksi akan memastikan setiap babak dapat dilakukan dengan sempurna.

IP MAN 4: THE FINALE

“Beliau adalah seorang senior yang dihormati dan guru yang terkenal. Saya yakin dengan kareografi aksinya kerana setiap idea yang diutarakan adalah asli dan baharu. 

“Selain itu, beliau akan memastikan setiap aksi pukulan mendapat momen yang terbaik bagi mencapai kesempurnaan,”

– Yuen Woo Ping

Sementara itu, Wilson Yip Wai Shun selaku pengarah menyatakan bahawa Ip Man 4: The Finale merupakan kesinambungan dari Ip Man 3 yang semakin sukar apabila tiba pada filem seterusnya.

Wilson berkata, Donnie sememangnya memainkan peranan yang sangat besar untuk menjayakan filem berkenaan. 

IP MAN 4: THE FINALE

“Dalam filem ini, Donnie sentiasa memberikan komen-komen yang membina. Malah, saya merasakan dia telah menyempurnakan watak ‘Ip Man’ ini,”

– Wilson Yip Wai Shun

Selain Donnie, pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan seperti Wu Yue, Scott Adkins, Chris Collins, Vanness Wu, Vanda Margraf dan Danny Chan Kwok-kwan.

IP MAN 4: THE FINALE

Sinopsis Filem IP MAN

Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai Ip Man menerusi Ip Man 4: The Finale. Kisahnya bermula apabila hubungan Ip Man dengan anaknya, Ip Chun semakin terasing. Demi masa depan anaknya, Ip Man telah pergi ke San Francisco, Amerika Syarikat bagi mencari kemudahan persekolahan yang sesuai. Bagaimanapun, ketika berada di sana, di berhadapan dengan diskriminasi kaum yang berterusan dan sering diperlakukan secara tidak adil oleh penduduk tempatan. 

Barisan Pelakon

Donnie Yen  : Ip Man

Wu Yue : Wan Zong Hua

Danny Chan Kwok-kwan  : Bruce Lee

Vanness Wu : Hartman Wu

Scott Adkins  : Barton Geddes

Chris Collins  : Collins Frater

IP MAN 4: THE FINALE IP MAN 4: THE FINALE IP MAN 4: THE FINALE IP MAN 4: THE FINALE

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ada Dua Versi Video Muzik Berbeza Untuk HELLO Andi Bernadee & Ismail Izzani

Eizlan Yusof Bakal Tamatkan Zaman Duda, Bakal Nikahi Wanita Mualaf