in , ,

Cinta Kamal Adli & Emma Maembong Kembali Terjalin?

Ramai yang tak sangka walaupun kemelut dan kontroversi antara dia dan Kamal Adli, Emma tetap hadir memberikan sokongan moral buat Kamal di Pentas Final Super Spontan Superstar 2017 baru-baru ini. Ehhhh… Bukan baru-baru ni keluar cerita hangat bak gunung berapi kata konon diaorang ni dah putus ke??

Jutaan tahniah diucapkan buat figura kacak, Kamal Adli atas kemenangan pelakon ini menyandang gelaran juara Super Spontan Superstar edisi 2017. Nampaknya kemenangan Kamal yang merupakan anggota kumpulan,King Musang itu menepati ramalan sekali gus mengejutkan para pelawak yang lain.

Kemenangan bergaya tersebut membolehkan pelakon berumur 31 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi.

Kamal Adli & Emma Maembong

Meskipun jejaka ini diuji pelbagai dugaan, namun dengan semangat juang yang tinggi dia mampu memberi persembahan terbaik dan detik kemenangan ini menjadi pengubat hati buat dirinya.

Bagaimanapun, salah satu perkara yang mencuri perhatian ribuan netizen adalah kehadiran pelakon jelita, Emma dalam pertandingan tersebut.

Sebelum itu, di Instagram Emma dikatakan memuat naik satu entri serta satu kapsyen yang melambangkan memberi sokongan padu buat Kamal.

Memetik laporan beberapa portal, Kamal berkata kontroversi percintaannya menjadi ‘panas’ apabila pelakon, Zahirah Macwilson dikatakan cuba ‘menikam’ dengan memutar belit kenyataan.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli memberitahu perkara itu sebenarnya sudah selesai secara baik sebelum ia dilaporkan oleh pihak media.

Tambahnya lagi, Kamal juga telah menjelaskan perkara yang sebenar kepada Emma dan juga teman lelaki Zahirah, Zul Ariffin menerusi tiga kali pertemuan sebelum ini.

Selain itu, pelakon ini turut memohon maaf kepada hero drama Rindu Awak 200% itu seandainya wujud salah faham.

“Saya keluar bersamanya (Zahirah) bersama dua lagi rakan kami. Ia merupakan kesalahan saya dan saya sudah terangkan kepada Emma dan Zul. Tetapi yang peliknya ketika pertemuan kali ketiga dengan kehadiran Emma dan Zul, dia tiba-tiba memutar belit kenyataan sehingga saya sendiri terkejut. Anda bayangkan lah bagaimana Emma tak marah dan mula berprasangka buruk terhadap saya?

“Dari situ hubungan kami bermasalah dan sehinggalah Emma keluarkan kenyataan tentang hubungan kami,” kata Kamal dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Kamal sama sekali tidak meletakkan salah pada Emma berhubung berita hubungan antara mereka sudah berakhir kerana memahami wanita tersebut dalam keadaan marah pada ketika itu.

Kini, Kamal telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminat atas apa yang berlaku bagi menamatkan kontroversi tersebut.

“Secara terbuka saya ingin meminta maaf sekali lagi kepada Emma, harap orang luar jangan salahkannya. Dia adalah teman wanita saya dan dia ada hak untuk rasa apa yang dia rasa (berhubung kontroversi). Perempuan mana yang tak naik angin apabila orang dakwa teman lelakinya terhegeh-hegeh dengan perempuan lain dan tidak dilayan pula,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Pe3 ini mengakui perkara tersebut telah mengganggu fokus terhadap pertandingan
ditambah pula dengan kejadian kehilangan motorsikal miliknya baru-baru ini.

“Sudah jatuh ditimpa tangga orang kata. Memang semangat saya hilang sehinggakan tumpuan terganggu.

“Tetapi Alhamdulillah, sesuatu musibah itu pada akhirnya diganti dengan kemanisan dan kemenangan. Ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan saya walaupun tidak pernah menjangkakannya,” ujar Kamal.

Dalam perkembangan lain, Kamal mengakui berasa amat gembira dengan kehadiran Emma malam tadi sekaligus dia menganggap perkara itu seolah-olah memberi tanda yang positif.

“Saya tahu dia tengah marah, kami sedang berusaha memperbaiki keadaan namun kedatangannya pada malam ini sudah cukup buat saya gembira dan ia tanda positif,” ujarnya.

Hmmm… Bercinta dah lama, bila pula nak kahwin? Apa-apapun kita doakan je yang baik-baik buat pasangan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dynas Mokhtar Bakal Menikah, Menamatkan Zaman Solo Pada April Depan

Kuman Di Paru-Paru, Keadaan Janna Nick Makin Pulih