in ,

Dynas Mokhtar Menyelongkar Derita Pesakit HIV dalam Drama JALAN TERAKHIR MAMA

Naluri Seorang Ibu… lakonan Dynaz Mokhtar menyelongkar Derita HIV di TV1 : Drama Khas Hari Ibu RTM

Realitinya di luar set penggambaran pun model, pengacara dan pelakon jelita, Dynaz Mokhtar seorang ibu kepada anak perempuan bernama Khyra Khalyssa. Justeru naluri keibuan yang mengalir dalam dirinya pastinya berguna untuk ‘menghidupkan’ watak seorang ibu kepada tiga anak yang teraniaya dalam drama khas Hari Ibu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Jalan Terakhir Mama pada 20 Mei 2011, jam 10.30 pagi di TV1.

Menerusi drama sarat pengajaran ini watak Dynaz diangkat sebagai watak utama wanita dikenali sebagai Ima yang menjadi mangsa penganiayaan lelaki yang tidak bertanggungjawab hingga disahkan menghidap HIV. Hidupnya gelandangan apabila rahsianya menghidapi penyakit yang sehingga kini belum lagi menemui penawarnya itu sehingga suaminya sanggup memisahkannya dengan anak-anak. Malah dia dilabel sebagai isteri curang dan ibu yang jahat.

Dynas

Jalan Terakhir Mama mengisahkan Ima, seorang ibu tunggal iaitu ibu kepada Haikal dan Hanim yang merana kerana kehilangan hak penjagaan terhadap anak-anaknya itu sebaik sahaja Ima disahkan sebagai pembawa virus HIV Positif. Ima menjadi tidak keruan dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah kehilangan hak penjagaan anak-anaknya kepada bekas suaminya, Hairul lakonan Arash Mohamad. Ima tidak dibenarkan berjumpa dengan Haikal dan Hanim oleh bekas suaminya yang sering menuduh Ima sebagai seorang isteri curang dan tidak patut didampingi kerana menghidap virus HIV positif.

Ima yang selalu merindui anak-anaknya itu tekad melanggar keputusan mahkamah mengenai hak penjagaan lalu menculik Haikal dan Hanim. Mengimbau sejarah silam, Ima sebenarnya seorang isteri dan ibu yang periang sehinggalah satu kejadian hitam menimpa dirinya. Ima telah menjadi mangsa rogol adik iparnya sendiri iaitu Haris yang pulang bercuti dari Amerika syarikat. Harislah pembawa virus maut itu dan menjangkitan penyakit berbahaya itu kepada Ima. Ini disebabkan dendam Haris kepada abangnya yang tidak pernah memberikan sokongan dan bantuan dalam kerjayanya. Walau bagaimanapun, Haris telah meninggal dunia di perantauan.

Dynas

Di sebabkan naluri keibuan yang kuat dan rindunya terhadap anak-anak, Ima bertekad melarikan diri dari pusat tahanan yang dibantu oleh Michelle (Elaine Daly). Ima tidak berniat jahat dan berdendam kepada sesiapa, hanya ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama anak-anaknya tercinta sebelum menghembuskan nafasnya ynag terakhir.

Kehilangan mereka telah menjadi buruan pihak berkuasa. Hairul tidak berputus asa mencari anak-anaknya dengan bantuan pihak berkuasa. Ima Dan Michelle kini menjadi orang buruan polis. Pelbagai insiden suspen berlaku dalam perlarian tersebut, Michelle dapat diberkas polis. Sementara Ima berjaya melepaskan diri dengan anak-anaknya.

Perlarian Ima akhirnya sampai ke penghujungnya apabila Ima menuju ke kampungnya dan bertekad ingin menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Pihak polis dan Hairul berjaya menjejakinya.

Dynas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza | 23

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Koir Kebangsaan Malaysia

Siti Nurhaliza | 24

Jom Saksikan Persembahan Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam