in , ,

Jom Saksikan Persembahan Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam

Pada petang ini, akan berlangsung Malam Gala SimplySiti di Tingkat 7, Bangunan Canselor, UiTM Shah Alam. Dato’ Siti Nurhaliza dan beberapa orang artis ternama akan menghiburkan hadirin pada petang ini.

Pejam celik-pejam celik, SimplySiti kini telah setahun berada di pasaran. Wah, cepatnya masa berlalu. Jadi, sebagai tanda penghargaan kepada para penggunanya, kempen mengumpulkan Wajah-Wajah SimplySiti telahpun berlangsung bermula sejak dari Januari lepas, di mana ramai yang telah menyokongnya dengan menghantar gambar-gambar mereka melalui Facebook ataupun emel, dan turut menyertai Roadshow SimplySiti di seluruh negara. Majlis petang ini akan dihadiri juga dengan peminat dan pemenang penyanyi popular ini.

Tibalah kemuncaknya di mana SimplySiti akan turut meraikan mereka, para pengguna setia yang terpilih serta pihak-pihak lain yang telah banyak membantu SimplySiti seperti rakan-rakan media dan rakan-rakan kongsi perniagaannya dengan mengadakan sebuah Majlis Malam Gala Simplysiti.

Malam Gala SimplySiti ini menjadi lebih istimewa dengan kerana ia akan turut menyaksikan suatu kolaborasi unik di antara SimplySiti dan sebuah institusi pengajian tinggi yang ulung tanahair kita. Buat julung-julung kalinya, Dato’ Siti Nurhaliza bersama-sama dengan beberapa lagi artis ternama tempatan bakal menghiburkan para tetamunya pada malam itu nanti.

Tetamu Kehormat :
Y. Bhg. Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UITM, Y.Bhg Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti dan Y.Bhg Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Selamat ulangtahun pertama SIMPLYSITI.

Tahniah buat semua warga kerja, staff dan juga peminat yang menjayakannya. Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga SimplySiti terus berkembang maju untuk tahun yang mendatang.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dynas Mokhtar Menyelongkar Derita Pesakit HIV dalam Drama JALAN TERAKHIR MAMA

50th Anniversary Amnesty International Malaysia