in , ,

Dua Restoran Popular Anjur MAHA Buffet 2024 Lantik Karl Shafek Jadi Duta

Restoran Mak Kimbong & Experiment Kitchen Sedia Penuhi Kapasiti 2,500 Kaki Makan.

Dua restoran popular, Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen sekali lagi bergabung tahun ini dan membawakan MAHA BUFFET 2024 di Maeps, Serdang, Selangor.

Pesta makanan terbesar di Malaysia ini akan diadakan dengan skala lebih mega berbanding tahun lalu apabila penganjur mengambil keputusan untuk memilih Dewan A, di Maeps sekali gus boleh menempatkan sehingga 2,500 pengunjung pada satu masa.

Dua Restoran Popular Anjur MAHA Buffet 2024 Kembali Bersama Karl Shafek!

Lebih menarik, Maha Buffet buat pertama kalinya memilih selebriti Karl Shafek Ibrahim sebagai duta. Karl Shafek yang juga sinonim dalam bidang masakan sebagai pengacara untuk program TV berkaitan makanan juga merupakan peserta rancangan realiti masakan Masterchef Selebriti dan Masterchef All Stars.

“Pada mulanya saya agak terkejut dengan pemilihan ini tetapi saya sangat teruja kerana makanan dan masakan cukup dekat dengan diri saya.

“Bagi saya ini adalah peluang terbaik untuk saya meneroka bidang kulinari dengan cara yang berbeza daripada biasa. Saya tidak sabar untuk bertemu semua tetamu di Maha Buffet 2024”

– Karl Shafek Ibrahim
Dua Restoran Popular Anjur MAHA Buffet 2024 Kembali Bersama Karl Shafek!

Maha Buffet akan berlangsung pada 14 Mac sehingga 8 April 2024 (bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam) bakal membawakan lebih 200 menu gabungan dua restoran itu dengan konsep street food di bawah satu bumbung.

Lebih 20 gerai masakan secara live cooking juga tersedia untuk terus dinikmati pelanggan. Lebih istimewa kali ini, pelanggan boleh merasa air tangan Karl Shafek sendiri kerana ada 10 menu signature selebriti itu akan dihidangkan sepanjang acara ini berlangsung.

Dua Restoran Popular Anjur MAHA Buffet 2024 Kembali Bersama Karl Shafek!

Menurut pemilik Experiment Kitchen, Muhammad Hazim bin Yahaya:

“Kami merasakan sangat penting untuk tetamu dapat menikmati hidangan yang dimasak dan resipi oleh Karl Shafek sendiri kerana jarang peminat dapat merasa masakan artis kesayangan mereka”.

“Ruang dewan yang cukup besar juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain antaranya ruang mainan gergasi untuk kanak-kanak, selain ruang solat jemaah yang luas, game station percuma untuk remaja, gerai beli belah kelengkapan hari raya di Bazar Gadis, hari potong rambut barber percuma serta photobooth dengan kamera 360 yang boleh dijadikan kenangan terindah buat tetamu.

“Kami sangat mementingkan keselesaan pelanggan terutamanya mereka yang ada anak kecil jadi kami harapkan ruang seperti Kids Playland akan membantu ibu bapa makan dengan tenang dan tidak perlu risaukan keselamatan anak-anak mereka,”

– Muhammad Hazim bin Yahaya
Dua Restoran Popular Anjur MAHA Buffet 2024 Kembali Bersama Karl Shafek!

Sementara itu, Khairul Amilin bin Abdul Rahman yang juga merupakan pemilik Restoran Mak Kimbong berkata, pelbagai hiburan bersesuaian turut diatur antaranya pelbagai persembahan di pentas utama.

“Pelanggan boleh merancang untuk menyambut hari lahir di situ serta pilihan untuk makan di tempat duduk VIP dengar kadar bayaran yang berpatutan.

“Maha Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar di Malaysia selain komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan menikmati pelbagai juadah istimewa.

“Istimewa lagi Maha Buffet 2024 turut memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap hari antaranya barangan elektrik, voucher beli belah, tiket pemerbangan dan hadiah utama merupakan kereta misteri yang akan diberikan pada minggu pertama Maha Buffet berlangsung,”

– Khairul Amilin bin Abdul Rahman
Dua Restoran Popular Anjur MAHA Buffet 2024 Kembali Bersama Karl Shafek!

“Kami turut mengalu-alukan tajaan tunai dan infaq daripada individu mahupun pihak korporat yang akan digunakan untuk membawa anak-anak yatim, orang kurang bernasib baik serta badan kebajikan menikmati hidangan kami”

– Khairul Amilin bin Abdul Rahman

Tempahan untuk slot menikmati juadah di Maha Buffet kini dibuka dengan harga serendah RM 49.90 (kanak-kanak) dan RM89.90 (dewasa ).

Dua Restoran Popular Anjur MAHA Buffet 2024 Kembali Bersama Karl Shafek!

Bagi harga tempat duduk VIP (pelbagai keistimewaan) adalah RM 149.90 (dewasa) dan RM 89.90 (kanak-kanak ).

Namun anda boleh berjimat sehingga RM 10 lebih rendah dari harga asal jika membuat tempahan awal sebelum 29 Februari 2024.

Hubungi 017-3340319 untuk menempah slot anda sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Once Seru Warga Indonesia Tinggal di Malaysia Undi Parti PDIP Yang Diwakilinya

Hadiah Buat Peminat, Wanns Rancang Keluar EP Selepas SYAYANGKU