in , ,

Hadiah Buat Peminat, Wanns Rancang Keluar EP Selepas SYAYANGKU

Penyanyi dan pelakon yang namanya kian melonjak naik, Wanns Ahmad, kembali menambat hati peminatnya dengan melancarkan lagu terbaharu yang berjudul ‘Syayangku’.

Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad sebelum ini dikenali menerusi lagu ‘Terus Mencintaimu’ pada tahun 2015 yang kini kembali viral, kini menawarkan pengalaman muzik yang lebih fun & catchy dengan hasil sentuhan dan ciptaan sepenuhnya daripada Wanns sendiri.

“Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi lagu terbaharu ini dengan semua peminat yang setia menunggu hampir 10 tahun selepas single pertama Terus Mencintaimu.

Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya lagi gembira lagu Syayangku juga turut diterima sebagai lagu OST drama Surat Dari Tuhan”.

“Syayangku adalah perasaan atau luahan hati terhadap seseorang yang kita jatuh cinta. Lagu ini turut mengajar kita untuk lebih berani untuk meluahkan isi hati kepada seseorang.

Selain itu, saya juga ingin meraikan semua wanita terutama wanita yang berkongsi nama Sya dan untuk mereka yang menghadapi kesukaran menyebut huruf “S”,

– Wanns Ahmad

Wanns ditemui dalam sidang media pelancaran lagu Syayangku yang bertempat di RedBox, The Gardens yang berlangsung baru-baru ini.

Muzik video rasmi untuk Syayangku telah dilancarkan pada 18 November 2023 di Youtube NSR Malay dan sehingga kini telah mencapai lebih 140,000 jumlah tontonan. Bukan sahaja berbakat sebagai seorang komposer dan penulis lirik, Wanns Ahmad sekali lagi membuktikan kebolehannya dengan mengarah dan menyunting sendiri muzik video tersebut.

Bercerita tentang perkembangan terbaharu, selain sibuk menguruskan kerjaya dalam dunia lakonannya, Wanns kini dalam proses menyiapkan lagu-lagu terbaharu dan merancang untuk mengeluarkan mini album atau EP yang mengandungi sekurang-kurangnya lima buah lagu.

“Selepas melihat sokongan peminat yang sangat positif dengan lagu Terus Mencintaimu dan Syayangku, saya mahu mengekalkan momentum ini dengan menghasilkan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu ciptaan saya dan bakal keluar tidak lama lagi,”

– Wanns Ahmad

Peminat dan pencinta seni hiburan dijemput untuk terus menyokong Wanns Ahmad dengan mendengar dan menghayati lagu  Syayangku di semua platform muzik digital. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Restoran Popular Anjur MAHA Buffet 2024 Lantik Karl Shafek Jadi Duta

LAL SALAAM

Filem Tamil ‘Lal Salaam’ di Pawagam Seluruh Malaysia Mulai 9 Februari Ini