in ,

Yang Menarik Tentang Pelancaran Album Dua Lipa THE COMPLETE EDITION

Penyanyi terkenal antarabangsa, Dua Lipa bakal tampil dengan album debutnya yang berjudul THE COMPLETE EDITION pada hari ini.

Album debut ini merangkumi “Electricity”, kolaborasi terbaru Dua Lipa & Silk City (Mark Ronson dan Diplo), “One Kiss” & Calvin Harris serta kolaborasi terdahulu dengan Martin Garrix dan Sean Paul yang menjadi kegemaran peminat muzik yang berjudul “Want To” dan “Running”.

Album Dua Lipa THE COMPLETE EDITION

Kolaborasi Bersama BLACKPINK

Dua Lipa juga berkolaborasi dengan bintang K-POP terkenal, BLACKPINK yang berjudul “Kiss and Make Up”.

Dua Lipa telah memberi “hint” kepada umum apabila Dua memuat naik gambar beliau bersama Lisa dan Jennie daripada BLACKPINK di “backstage” semasa konsert Dua di Seoul,Korea. “Kiss and Make Up” menjadi kolaborasi antarabangsa yang pertama buat BLACKPINK iaitu kumpulan perempuan yang telah merekodkan sejarah pada awal tahun ini apabila album mereka yang berjudul “Square Up” dan single “Ddu-Du Ddu-Du” telah menduduki carta paling teratas di carta Billboard.

Selama setahun hit single Dua Lipa menduduki carta teratas #1, beberapa siri konsert dengan penjualan tiket terpantas, dan juga memecahkan rekod penstriman digital antara yang terbanyak, justeru itu Dua Lipa merupakan artis baru yang paling besar di dunia.

Album Dua Lipa THE COMPLETE EDITION

PALING BANYAK DIDENGAR

Dua Lipa juga merupakan artis #1 yang paling banyak penstriman digital di aplikasi Spotify dan artis pertama di dalam sejarah yang mempunyai empat buah single yang mencecah 500 Juta Penstriman digital di Spotify.

Beliau juga cuma mengambil masa selama 8 minggu sahaja untuk menjadi #1 di United Kingdom dengan single hit berduet bersama Calvin Harris berjudul “One Kiss” yang terjual berjuta-juta. “One Kiss” juga telah bertahan berminggu-minggu #1 di dalam abad ini.

Muzik Video Cipta Sejarah

Video Muzik “New Rules” mencecah 1.3 bilion tontonan di Youtube. Setelah menerima beberapa penghargaan dalam tahun ini, Dua Lipa juga meraih dua anugerah pada acara “BRIT Awards” selepas tercalon dalam 5 kategori, membuat persembahan di hadapan 85 juta orang di final Liga Juara-Juara UEFA dan telah menjual sebanyak lebih daripada 3 juta album dan 32 juta single di seantero dunia.

Disc 1
1. Genesis
2. Lost In Your Light (feat. Miguel)
3. Hotter Than Hell
4. Be The One
5. IDGAF
6. Blow Your Mind (Mwah)
7. Garden
8. No Goodbyes
9. Thinking ‘Bout You
10. New Rules
11. Begging
12. Homesick
13. Dreams
14. Room For 2
15. New Love
16. Bad Together
17. Last Dance

Disc 2
1. Want To
2. Running
3. Kiss and Make Up (Dua Lipa & BLACKPINK)
4. One Kiss (Calvin Harris & Dua Lipa)
5. Electricity (Silk City & Dua Lipa)
6. Scared To Be Lonely (Martin Garrix & Dua Lipa)
7. No Lie (Sean Paul & Dua Lipa)
8. New Rules (Live)

Dua Lipa – (Complete Edition) boleh didapati di semua pelantar digital dan CD bermula 19 Oktober 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Takut Ditenggelami Haiza, Forteen Jadikan Lagu SELURUH CINTA Terbaik

Penyanyi Rap MC ZOQQ Lancar Lagu AWAL AKHIR Feat. Altimet