in , ,

Tak Takut Ditenggelami Haiza, Forteen Jadikan Lagu SELURUH CINTA Terbaik

Bukan mudah untuk melengkapkan persembahan apabila berada di dalam satu kumpulan. Kemudian akan berduet pula dengan seorang penyanyi versatile.

Pada hari Ahad ini, Forteen begitu tercabar dengan cabaran konsert pusingan keempat yang bertemakan ‘Gegar Vaganza Bergegar Bergabung’ atau ‘GVBB’. Fuh! Pastinya lebih sengit.

SELURUH CINTA HAIZA & FORTEEN

Terutama buat Forteen yang diberi tugasan untuk menyampaikan lagu secara duet dengan pasangan penyanyi yang cukup versatile iaitu Haiza Hanafi. Forteen bergabung dengan Haiza untuk menyanyikan lagu Seluruh Cinta. Pasti dinantikan oleh ramai penonton.

Yang ditakutkan apabila Haiza dapat menenggelamkan Forteen dalam persembahan tersebut. Bertanyakan tentang perkara ini, Forteen percaya Haiza sangat profesional dan akan memberikan ruang untuk Forteen membuktikan sesuatu kelainan. Vokal padu dan juga harmoni sangat diperlukan untuk persembahan mereka. Sama-sama kita nantikan persembahan Forteen pada hari Ahad ini.

Jom tonton dulu temubual Budiey secara eksklusif bersama Forteen:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia

Yang Menarik Tentang Pelancaran Album Dua Lipa THE COMPLETE EDITION