in , ,

Dream Theater Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Pada 10 Mei Ini

Buat para peminat kumpulan dari Boston, Amerika ini, Dream Theater akan muncul di Kuala Lumpur dan Singapura untuk bertemu kalian.

Dalam rangkaian jelajah Top Of The World mereka, Kuala Lumpur dan Singapura merupakan antara lokasi yang bakal mereka gegarkan. Shiraz Projects dengan bangganya membawakan kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1985 ini di The Star Theatre, Singapura pada 9 Mei 2023 manakala di Zepp Kuala Lumpur pada 10 Mei 2023.

Buat Shiraz Projects, adalah menjadi sebuah kebanggaan dapat menjadi sebahagian dari rangkaian Top Of The World yang bermula dari Seoul, Korea kemudian melalui beberapa buah negara dan dan berakhir di Indonesia.

DREAM THEATER BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR DAN SINGAPURA

“Pihak Shiraz Projects percaya para peminat Dream Theater sudah lama mahu menyaksikan mereka kembali beraksi dan kami berasa sangat gembira dapat membawakan Top Of The World kepada para peminat di Malaysia dan Singapura,” ujar Shirazdeen Karim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects.

Dream Theater menamatkan jelajah UK 2023 mereka pada 21 Februari, dan telah memulakan semula jelajah di Seoul pada 26 April. Mereka kemudian menuju ke Jepun untuk tiga tarikh di Tokyo, Nagoya dan Osaka, sebelum mengegarkan Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pernah muncul sebelum ini di Kuala Lumpur pada September 2017, kemunculan Dream Theater yang dibarisi James La Brie (penyanyi), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike Mangini (dram) sentiasa dinanti-nanti terutama dalam kalangan pemuzik rock dan metal.

Dream Theater cukup dikenali dengan ketelitian dalam penghasilan muzik. Gubahan muzik mereka dilihat cukup progresif, kompleks dan padat terutama daripada permainan gitar Petrucci yang juga ‘mastermind’ mereka. Petrucci adalah antara pemain gitar terhebat dunia. Beliau diletakkan di kedudukan kedua sebagai Pemain Gitar Metal Terbaik dalam buku The 100 Greatest Metal Guitarists pada 2009.

DREAM THEATER BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR DAN SINGAPURA

Album terakhir Dream Theater bertajuk “A View From The Top Of The World” telah dilancarkan tahun lalu dan ia merupakan projek pertama yang dirakamkan di studio mereka sendiri iaitu Dream Theater Headquarters. Dan dengan judul yang sama mereka telah mengelilingi banyak lokasi untuk bertemu dengan para peminat mereka dan tidak ketinggalan – Malaysia dan Singapura.

Dream Theater dikhabarkan sedang membuat persediaan untuk produksi album studio ke-16 selepas ‘A View From The Top Of The World’ pada akhir 2021. Mengenai muzik baharu, Petrucci menyatakan bahawa mereka masih mengusahakannya, namun tidak merasakan bahawa dirinya bersama ahli-ahli kumpulan akan berada di studio rakaman dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dia mengesahkan mereka akan kembali merakam album baharu mereka lewat tahun ini. Album baharu itu akan mengikuti album studio kelima belas mereka ‘A View From The Top Of The World’, yang dikeluarkan pada tahun 2021.

Lagu ‘’The Alien’ dalam album tersebut telah memenangi Anugerah Grammy pertama mereka dalam kategori ‘Best Metal Performance ‘ di Anugerah Grammy ke-64 pada 2022. Melalui satu kenyataan media, album “A View From The Top Of The World” telah digambarkan sebagai ‘Dream Theater at its musical finest’.

Ini berikutan perkembangan bunyi yang mereka cipta disamping mengekalkan elemen-elemen baharu dan lama yang sekaligus diminati oleh para peminat mereka di serata dunia.

Album yang memuatkan tujuh lagu itu juga turut menyaksikan album tersebut sebagai album studio kedua kerjasama dengan InsideOut Music/Sony Music. . “A View From The Top Of The World” telah diterbitkan oleh Petrucci dan menyaksikan James “Jimmy T” Meslin bertugas sebagai jurutera dan produksi serta hasil kerja mixing/mastering oleh Andy Sneap.

Untuk para peminat tegar Dream Theater, jangan lupa dapatkan tiket dengan harga, RM700 (VIP), RM398 (Diamond – Standing), RM258 (Platinum – Standing), RM398 (Gold – Seated) dan RM258 (Silver – Seated). Manakala untuk Singapura pula, tiket dijual pada harga $168 (Diamond), $148 (Platinum), $128 (Gold), $108 (Silver) dan $88 (Restricted View).

Tiket akan mula dijual pada 3 April 2023, pukul 2pm di www.myticket.asia untuk Kuala Lumpur dan www.sistic.com.sg untuk konsert Singapura. Bagi informasi atau update terkini, sila layari laman sosial Shiraz Projects.

DREAM THEATER TOP OF THE WORLD TOUR yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

DREAM THEATER BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR DAN SINGAPURA

DREAM THEATER TOP OF THE WORLD TOUR

Singapura

Tarikh : 9 Mei 2023 (Singapura)

Venue : The Star Theatre, Singapura

Harga tiket : $168 (Diamond), $148 (Platinum), $128 (Gold), $108 (Silver) dan $88 (Restricted View) Tiket : www.sistic.com.sg

Kuala Lumpur

Tarikh : 10 Mei 2023 (Kuala Lumpur)

Venue : Zepp Kuala Lumpur

Harga tiket : RM700 (VIP), RM398 (Diamond – Standing), RM258 (Platinum – Standing), RM398 (Gold – Seated) RM258 (Silver – Seated)

Tiket : www.myticket.asia Laman Web : www.shirazprojects.com Facebook : shirazprojects

Instagram : shirazprojects

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Tak Tahu Huffaz Miliki Kerjaya Profesional Dalam Hufaz di TV1

AINI MAZALAN

Aini Mazalan Terus Berkarya, Tampil Dengan Single NOT YOUR FAULT