in ,

Ramai Tak Tahu Huffaz Miliki Kerjaya Profesional Dalam Hufaz di TV1

Perkataan huffaz adalah merujuk kepada penghafaz-penghafaz al-Quran. Cabaran dalam melahirkan seorang huffaz bukan semudah yang digambarkan. 

Apatahlagi harapan yang disandarkan kepada seorang bergelar huffaz bukan semata-mata menghafal al-Quran tetapi berharap agar mereka juga menjadi golongan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan lain-lain.

Realitinya golongan huffaz kini ada yang menjadi doktor, pensyarah universiti dan pentadbir masjid di seluruh negara. Ia sesuatu yang patut dibanggakan semua kerana meraka bukan sahaja mantap sebagai huffaz tetapi berjaya dalam bidang profesional.

Sepanjang bulan Ramadan penuh keberkatan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan “Hufaz”, dokumentari berkisar perjalanan hidup para penghafal al-Qur’an iaitu Hafiz dan Hafizah di seluruh Malaysia, bersama 29 huffaz dan sekaligus memperkenalkan 29 pusat tahfiz dan IPT yg menawarkan program Ijazah dan Hafalan al-Qur’an di Malaysia.

Huffaz Miliki Kerjaya Profesional Dalam Hufaz di TV1

Bersiaran setiap hari, pukul 4.05 petang di TV1 mulai 23 Mac lalu, dokumentari ini menyuntik inspirasi kejayaan milik individu huffaz termasuklah Nurul Raihan Binti Prima Saputra, seorang jurutera penganalisis data di TNB yang turut mengambil program Hufaz di UNITEN. Seterusnya dikongsikan aspirasi kejayaan Luqman bin Ramli, pelajar dari Universiti Al-Azhar dan kini berjaya dalam bidang profesional sebagai seorang penguasa bomba. 

Diikuti episod bersama Hafiz yang diketengahkan iaitu Muhammad Ashhad Naim bin Mohamad seorang Eksekutif Khidmat Pelanggan TNB. Beliau yang berasal dari Kota Bharu belajar di Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas dan melanjutkan pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan. Dalam segmen Jelajah Tahfiz, yang dipaparkan ialah Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahra yang merupakan sebuah sekolah swasta berteraskan subjek di bawah silibus JAIS dan KPM.

Sementara itu saksikan juga kisah huffaz bernama Muhammad Asymam bin Mohd Azmi seorang jurutera kawalan grid nasional. Beliau telah mengikuti pengajian di luar negara dengan tajaan TNB. Dalam segmen Jelajah Tahfiz, diketengahkan Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum yang mana sebuah madrasah integrasi tahfiz dan akademik.

Dalam episod berikutnya kenali Muhammad Ariff bin Halil seorang pengurus projek meter pintar di sebuah syarikat korporat. Dalam segmen Jelajah Tahfiz, diketengahkan Maahad Tahfiz Baitul Aini yang melahirkan generasi terbilang dalam agama dan dunia.

Saksikan juga episod mengetengahkan individu iaitu Aliff bin Amiruddin seorang usahawan sebuah syarikat IT dan Siti Atirah binti Abdul Razak seorang eksekutif pengangkutan UNITEN. Kedua-duanya merupakan graduan dari UNITEN.

Ikuti banyak lagi kerjaya profesional yang diceburi penghafaz al-Quran dalam program ini di TV1. Bagi yang terlepas menyaksikan siarannya menerusi saluran TV, luangkan masa menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KHAI BAHAR

Khai Bahar Nyanyikan Lagu PANO Dalam Bahasa Melayu Menerusi BAGAIMANA

Dream Theater Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Pada 10 Mei Ini