in , ,

Aini Mazalan Terus Berkarya, Tampil Dengan Single NOT YOUR FAULT

Penyanyi Aini Mazalan kini tampil dengan single terbaru dalam Bahasa Inggeris, Not Your Fault yang merupakan ciptaan penuh olehnya sendiri.

Menurut Aini, lagu Inggeris pertamanya itu juga menonjolkan kelainan kerana dia mencuba genre lain berbanding lagunya sebelum ini. Justeru, ia secara tidak langsung memberi satu keistimewaan kepada Aini sendiri.

“Keistimewaan lagu ini, ia merupakan lagu Bahasa Inggeris pertama saya. Saya tulis, gubah, rakam dan hasilkan sendiri. Lagu Not Your Fault ini juga menjadi yang pertama untuk saya mencuba genre lofi, chill atau R&B.,” katanya membuka bicara.

Aini Mazalan Terus Berkarya, Kali Ini Tampil Dengan Single NOT YOUR FAULT

Mengulas lanjut, Aini mengambil kira aspek penghayatan yang boleh dirasakan oleh orang ramai apabila mendengar lagu Not Your Fault. Secara jelasnya, lagu ini bukanlah satu lagu yang bersifat berat.

“Genre lagu ini lebih kepada chill dan R&B, saya pilih untuk menghasilkan melodi yang relaks, mudah didengari oleh para pendengar di luar sana. Not Your Fault ini adalah untuk mereka yang mahukan lagu tenang, santai bersulam sedikit elemen sedih.

“Tentang proses rakaman pula, saya tak ambil masa yang lama, lagu ini siap secara keseluruhan dalam tiga minggu sahaja, saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Bercakap tentang inspirasi di sebalik kisah yang ditampilkan dalam lagu Not Your Fault, Aini akui ia dicampurkan dengan pengalaman sendiri yang pernah dialaminya. Selain itu, kisah cinta orang sekeliling juga turut menjadi sumber inspirasi untuk Aini menghasilkan lagu berkenaan.

“Lagu ini adalah tentang seseorang yang selalu rasa tidak yakin dengan hubungan atau ‘insecure’ sehingga perasaan tersebut boleh menjadi punca kepada rosaknya hubungan cinta. Kadang-kadang, ada orang yang boleh kawal rasa demikian, begitu juga sebaliknya,” katanya.

Sebagai pendatang baru dalam industri, Aini semestinya bersemangat untuk terus memperbaiki kelemahan diri agar dapat menghasilkan lebih karya yang berkualiti untuk pencinta muzik di luar sana.

Penyanyi berusia 21 tahun ini juga amat menghargai mereka yang sudi memberi sokongan padu sejak dia menceburi dunia hiburan. 

“Terima kasih yang tak terhingga kepada anda yang sentiasa menyokong saya. Saya sangat hargai dan tentunya akan selalu berusaha untuk memperbaiki diri agar dapat hasilkan karya yang berkualiti untuk semua,” katanya lagi.

Not Your Fault boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Aini Mazalan Terus Berkarya, Kali Ini Tampil Dengan Single NOT YOUR FAULT

Akaun Media Sosial Aini Mazalan

Instagram: https://www.instagram.com/ainimazalan/ 

TikTok: https://www.tiktok.com/@ainimazalan?lang=en 

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCx_ve61PH6f7M_eWlkoJ06Q 

Kredit

Artis: Aini Mazalan

Tajuk: Not Your Fault

Produser: Aini Mazalan

Komposer: Aini Mazalan

Penulis Lirik: Aini Mazalan

MENGENAI AINI MAZALAN

Pemilik nama lengkap Nur Fitri Aini Mazalan, 26, berasal dari Johor dan mempunyai lima adik beradik. Aini mula aktif dalam muzik indie pada tahun 2019. Tidak lama selepas itu, pada tahun 2021 Aini dilamar Sony Music Entertainment Malaysia dan bernaung di bawahnya sehingga kini.

Artis yang pernah terlibat dalam Anugerah Lagu Indie 2021 ini mempunyai hobi menyanyi dan bermain alat muzik. Minatnya yang mendalam terhadap muzik membuatkan Aini bercita-cita untuk menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang.

Mengagumi nama besar seperti Yuna dan Ariana Grande, Aini akui dia akan mencuba sedaya upaya dalam menjaga mutu dan keaslian setiap karya yang dihasilkan. 

Terdahulu, Aini pernah melancarkan lagu berjudul Sementara. Orang ramai boleh mengikuti perkembangannya di platform media sosial seperti Instagram, TikTok dan YouTube seperti dalam senarai di atas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dream Theater Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Pada 10 Mei Ini

Pertempuran Minggu Kedua Dapur Tempur Ra-Ra Diteruskan Lagi Ahad Ini!