in ,

Drama SYURGA YANG KEDUA 70 Episod Lakonan Zarul Husin

Sebelum 2017 melabuhkan tirai, pihak Astro Prima dengan berbesar hati bakal membawakan sebuah lagi karya terbaharu berjudul ‘Syurga Yang Kedua’ yang diadaptasi daripada naskah sinetron popular Indonesia menerusi slot Tiara bagi menggantikan drama ‘Dendam Aurora’ yang sudah pun hampir tiba ke penghujungnya.

Drama 70 episod arahan sutradara Zamri Zakaria & Bahri Umar ini memaparkan kisah konflik perkahwinan, pengorbanan, kesetiaan, persahabatan dan pengkhianatan demi mengecapi kebahagian. Menarik lagi, drama ini juga bakal menampilkan tiga selebriti popular tanah air iaitu Zarul Husin, Elizad Sharifuddin dan Fasha Sandha yang digandingkan bersama selalu teraju utama menerusi drama ini.

Syurga Yang Kedua

Peluang berganding dengan dua pelakon jelita hebat iaitu Fasha Sandha dan Siti Elizad dalam projek drama rantaian cukup mengujakan penyanyi Zarul Husin.

Zarul ada menulis di status Facebooknya:

Sebelum GV tak pernah terlintas pun nk jadi pelakon apatah lagi nk jadi hero, apatah lagi utk berlakon dlm drama siri 70 episod tambah plak berlakon dengan pelakon2 hebat spt Fasha dan Elizad, (fuhh … hebat teruk dorang ni weyh) kalau fikir balik mcm tak logic, mcm mimpi jer.. tapi ini sy anggap sebagai rezeki Allah swt kepada isteri, anak, dan tuan manager, dan famili saya … tulis pnjg2 tak guna, point utama sbnrnya nk promot je ni — jgn lupa bermula 12 Disember ni di Astro Prima jam 6 ptg kalau nk tgk HD boleh tukar channel Maya HD

P/s ; kerja2 nyanyian still berjalan seperti biasa

Zarul yang semakin aktif berlakon selepas menyertai musim ketiga Gegar Vaganza (GV3), mengambil peluang ‘berguru’ dengan Fasha dan Elizad di lokasi drama Syurga Yang Kedua arahan Bahri Uma dan Zamri Zakaria.

“Mereka memang hebat dan banyak berkongsi tip serta pengalaman masing-masing. Saya amat bertuah bekerja dalam produksi drama ini. Selain Fasha dan Elizad, ada ramai lagi pelakon hebat seperti Azizah Mahzan, Beego, Datuk Jalaludin Hassan dan Fazlina Ahmad Daud. Banyak yang saya belajar daripada mereka. Selepas habis GV3, jujur dikatakan saya tak pernah terlintas menjadi pelakon apatah lagi diberi peluang sebagai hero,” katanya kepada BH Online.

Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin tidak malu berkongsi rasa bagai bermimpi dapat membintangi drama rantaian 70 episod itu.

“Namun, saya anggap semua ini sebagai rezeki untuk keluarga dan pengurusan saya,” katanya.

Tambah bekas vokalis kumpulan Umbrella itu, drama Syurga Yang Kedua memberi 1,001 cabaran buatnya.

“Apa yang istimewa, dua heroin saya dalam drama ini iaitu Fasha dan Elizad masing-masing mempunyai karakter berbeza,” katanya.

Zarul memulakan penggambaran drama Syurga Yang Kedua sejak 5 Ogos lalu dan dijangka berakhir pertengahan bulan depan. Drama itu akan disiarkan Astro Prima dan Maya HD pada 12 Disember depan.

Mengenai dunia nyanyian, bapa kepada Ayu Nur Arisya ini memberitahu, aktiviti masih seperti biasa.

“Ada projek terbaharu dalam nyanyian tapi belum dapat didedahkan lagi. Insya-Allah, Januari depan kita adakan sidang media mengumumkannya,” katanya.

Selain tiga teraju utama, majlis ini juga akan turut diserikan dengan kehadiran barisan pelakon ‘Syurga Yang Kedua’ iaitu Afifah Nasir, Beego, Fazlina Ahmad Daud, Annie Arifin, Amir Nafis, Noralbaniah, Dynas Mokhtar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Badrul Muhayat, Azizah Mahzan, Sherry Ibrahim, Wan Nur Azlin, Zaryn Min, Azman Jantan dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem JEJAK MEGAT Tunjuk Teaser Pertama

A Man from GAME OF THRONES Visits the Lion City