in

TV3 Bakal Anjurkan My Kids Awards

Kalau di negara Barat, ada Nickelodeon Kids’ Choice Awards, di Malaysia tak lama akan ada satu-satunya anugerah untuk kanak-kanak yang dinamakan My Kids Awards yang akan dianjurkan oleh TV3.

Pasti ada perbezaan antara Nickelodeon Kids’ Choice Awards dengan My Kids Awards, kan?

Bukan orang dewasa dan peminat yang sudah berumur sahaja merupakan elemen penting di dalam menentukan arah tuju dan arus kemajuan bidang seni tempatan kita. Mengambil kira peranan besar kelompok peminat cilik dan penonton remaja kita, TV3 dengan sukacitanya mempersembahkan sebuah acara penganugerahan istimewa untuk bintang-bintang muda, MY KIDS AWARDS, yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia!

Visi utama MY KIDS AWARDS adalah untuk memberi penghargaan kepada penggiat seni cilik yang berbakat, pintar dan mempunyai potensi besar di dalam industri seni tanah air, khususnya di dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Terdapat pelbagai kategori yang akan dipertandingkan dan calon-calon akan dipilih melalui kriteria tertentu. Tidak ketinggalan, aksi dan persembahan hebat dari penghibur muda juga turut dimuatkan di dalam kandungan yang akan bersiaran secara langsung pada 2 Julai 2011 (Sabtu) nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kriteria, kategori pencalonan, anugerah khas, senarai persembahan dan lokasi acara MY KIDS AWARDS, satu sidang media akan diadakan tak lama lagi.

Nantikan berita lanjut di budiey.com

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan Penuh Anugerah Planet Muzik 2011

Drama Sempena Hari Bapa di TV2