in ,

Drama Safira Lakonan Yukino Amira dan Lucky Perdana di TV2

SAFIRA MENGISI SLOT SUTERA @ 2 MULAI 12 MEI 2009, SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS JAM 3.00 PETANG DI TV2

Jika sebelum ini anda begitu mengenali dan mengikuti watak Wulan hingga ia menjadi fenomena di kalangan masyarakat pelbagai kaum negara kita. Sebut sahaja Wulan pastinya penonton akan terbayangkan watak gadis cantik dikenali sebagai Wulan meniti cabaran hidup yang sukar dengan pelbagai masalah yang timbul.

Begitu pun mulai mulai 12 Mei ini, slot tontonan ramai Sutera @ 2 disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.00 petang menerusi TV2 kembali dengan menyiarkan pula sinetron Safira yang tidak kurang menariknya dengan plot cerita istimewa menampilkan gadis bernama Safira untuk tontonan anda seisi keluarga.

3522483856 89D41A9Cf4 O | 4

Safira menerusi 35 episod siarannya mengetengahkan watak Safira, seorang gadis yang berselindung di sebalik berpewatakan cerianya hidup bersama dua orang adiknya, Farah dan Ali di rumah neneknya setelah ibu mereka Aida, meninggalkan mereka sewaktu Safira berusia 7 tahun. Ayah mereka, Hussein pula seorang pemabuk yang sudah lama tidak pulang dengan membawa Dodi anak sulongnya bersama.

Sejak itu Safira cuba bertahan tinggal di rumah neneknya sehinggalah muncul Hana, mak ciknya yang menawarkan mereka adik beradik tinggal bersamanya. Namun kehadiran mereka kurang disenangi ayah mereka yang tinggal bersama adiknya itu. Safira terhina dengan kata-kata kesat yang dihamburkan ayahnya sendiri terhadap mereka. Malah kekesalan bertambah di hati Safira melihat perangai abangnya yang mengikut jejak Hussein menjadi pemabuk dan bergaul dengan pencuri.

Sementara itu, seorang pemuda tampan dikenali Dika sangat menyintai gadis kesayangannya, Anisa. Meskipun sedar gadis itu menghidap penyakit kanser otak peringkat kritikal namun dia nekad untuk menikahinya kerana yakin Anisa mampu diselamatkan. Begitu pun pada hari pernikahan mereka, Anisa telah meninggal dunia. Situasi itu membuatkan Dika benar-benar kecewa dan sejak itu dia mula ‘dingin’ terhadap setiap wanita yang dikenalinya. Baginya tiada wanita yang menyintainya setulus hati arwah Anisa. Malah Dika beranggapan semua wanita yang mendekatinya hanya mahu mengambil kesempatan di atas kekayaan keluarganya.

Naswa, ibu Dika pula adalah pewaris tunggal kekayaan keluarganya. Namun kerana tidak bijak menguruskan harta peninggalan keluarganya, Naswa kehilangan semua hartanya itu termasuk hotel yang dikendalikannya. Malah mengejutkan hotel itu bertukar hak milik kepada ibu tirinya, Maryam yang bertindak mahu membalas dendam terhadap Naswa yang tidak pernah menghormatinya sebagai seorang ibu.

Tinggal bersama mak ciknya tidak menjanjikan kemewahan dalam hidup Safira sebaliknya dia terpaksa menjual kuih dengan dibantu oleh Farah untuk meneruskan kehidupan. Satu hari secara tidak sengaja ketika sedang menjual kuih, Safira bertemu dengan Dika dan jatuh hati pandang pertama dengan pemuda itu yang telah mempertahankannya daripada tindakan kasar Hussein yang ingin merampas wangnya.

Sementara itu Maryam diburu perasaan resah apabila dirinya disahkan menghidap jantung. Diri buntu untuk mencari pewarisnya kerana tidak mahu hartanya jatuh ke tangan Naswa mahu pun cucu-cucunya.

Satu hari tanpa sengaja dia bertemu Safira secara tidak sengaja sewaktu Safira lari menyelamatkan diri dikejar anjing lalu tersesat masuk ke dalam banglo mewah Maryam. Pertama kali melihat Safira, terlintas di fikiran Maryam untuk menggunakan gadis itu sebagai alat untuk membalas dendam terhadap Naswa. Lalu bagaimana pula dengan Safira? Sanggupkah dia melibatkan diri dalam konspirasi yang diaturkan wanita yang baru dikenalinya itu? Bagaimana pula kesudahan kisah cintanya dengan Dika, cucu tiri wanita itu?

Justeru usah ketinggalan menyaksikan sinetron hebat Safira lakonan Yukino Amira, Lucky Perdana, Andhika Pratama dan Gading Marten pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 3.00 petang menerusi TV2.

3521674181 9Abe055136 O | 5

3522484028 7087707D15 O | 6

3522484112 176300Dd88 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Si Capik Lakonan Ery Putra, Zack X Factor

ADV: LG Life’s Good Lancar Blog Baru Yang Lebih Gempak!