SI CAPIK MULAI 12 MEI 2009, SETIAP SELASA, JAM 9.00 MALAM DI TV2
Bermacam cara digunakan untuk menyuntik semangat serta motivasi dalam diri seseorang. Namun tidak semudah itu ianya berjaya diterima dan sekaligus meninggalkan impak yang berkesan dalam diri. Justeru dalam usaha cuba menyemai nasihat dan menyuntik motivasi menerusi drama-drama menarik yang disiarkan menerusi saluran siarannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 12 Mei 2009 ini menyiarkan drama bersiri terbaharu, Si Capik yang menjanjikan plot cerita berbeza kerana mengetengahkan watak seorang remaja kurang upaya sebagai pelakon utama berbanding drama-drama lain yang meletakkan nilai komersil mahu pun pakej hero ‘sempurna’ sebagai keutamaan dan penggerak cerita.
Si Capik disiarkan setiap Selasa, jam 9.00 malam di TV2 ini membariskan pelakon terkenal seperti Datuk Aziz Singah, Raja Noor Baizura, Sheera Iskandar, Riz Amin, Fathil Dani, Aznah Hamid, Hetty Sarlene, Ery Putra dan Zach X Factor, drama bersiri 13 episod terbitan Skop Production Sdn Bhd.
Si Capik memaparkan kisah seorang jejaka dikenali sebagai Reza yang sering digelar Si Capik, gara-gara ketidaksempurnaan sifatnya yang mengalami kecacatan sebelah kakinya. Namun kecacatan sebelah kakinya. Namun kecacatan tidak menghalang Reza untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar kolej yang cemerlang dalam akademik.
Sayu melihat kecekalan ayahnya, Malik yang kurang sihat mencari rezeki menguatkan semangat Reza untuk berjaya dalam pelajaran bagi mengubah nasibnya sekeluarga. Dalam pada itu Reza bernasib baik kerana memiliki dua orang teman rapat, Farish dan Mira yang banyak membantunya malah cukup memahami keadaan dirinya.
Semangat cekal Reza menghadapi penghinaan masyarakat terutama pelajar-pelajar di kolejnya mendapat sokongan penuh Farish dan Mira yang tidak jemu-jemu untuk membelanya. Mira amat bersimpati dan cukup prihatin dalam permasalahan yang dihadapi Reza.
Hari demi hari kesihatan Malik semakin terganggu apatahlagi dirinya disahkan doktor menghidap penyakit jantung. Tuan Hazim majikannya menyarankan supaya Malik menjalani pemeriksaan doktor pakar dan kosnya ditanggung oleh pihak syarikat.
Zahid pula menghabiskan masanya setiap hari dengan berfoya-foya tanpa menghiraukan nasihat kedua ibu bapanya. Zahid tidak mengendahkan teguran bapanya, Tuan Hazim yang melarangnya berpoya-poya di kelab malam dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Sementara itu, Reza gembira apabila menerima panggilan telefon dari datuk dan neneknya di kampung yang amat merinduinya.
Sherin teman sekuliah mereka mengajak Mira, Farish dan Reza untuk mengadakan ‘study group’ di rumahnya. Namun Reza keberatan untuk menyertainya kerana merasakan dirinya tidak layak untuk belajar bersama anak majikan bapanya.
Lalu bagaimanakah seterusnya perjalanan hidup Reza? Mampukah dia bertahan dan meneruskan kehidupan seperti insan biasa dan mengecap kejayaan dalam hidupnya? Untuk mengetahui kesudahan drama bersiri penuh konflik suka duka ini menerusi Si Capik disiarkan setiap Selasa, jam 9.00 malam di TV2.
CERITA SI CAPIK MEMANG BEST GILA …………………..
CAYALAH…………………………….
si capik ,cerita memang bagus.. tapi dah melalut panjang sangat….
si capik memang best
mesti ikuti setiap episod.
Cerita si capik adlh yg terbest sekali dlm dunia
cite ni best… tapi……..
drama si capik memang sesuai untuk di tonton oleh seisi keluarga….
cerita nie saya tak pernah terlepas…. jgn ketinggalan untuk meyaksikannya…..
Cerita Si Capik memng Best ditambah pula dengan plotnye yng menarik!
Taniah buat pengarah n pelakon yg menjadikan drama ini yang terbesttt!!!
cerita si capik ……..
cerita ini iklan banyak…..
klau iklan x banyak peh……..
good punya..pengagrah cerita si capik ni tu kurang2 la iklan…
tmgok gambar apapun x bes klau iklan banayk sangat……
Sy tidak ketinggalan menonton drama si capik ini.terdapat unsur pengajaran yg blh kita dapati dlm drama ini.sama2lah kita menonton kesudahannya nanti.
Drama ini memang menarik dan BEST!!!!!!!! Tapi, saya idak suka tengok situasi semasa Zahid mengejek Reza,,.. Ibunya juga berfikiran negatif terhadap Reza sekekluarga. Dan Si Mira tu, apahal diatu..? Ada Lelaki sebaik Faris , menunggu keputusan lamaran dia, pun.. menolak. Masih cintakan Reza. Tapi, Reza sudah mempunyai rumahtangga yang baik dnegan Shreenn…
panjang sangat cerita ini
mmg best citer ni tapi panjang sangatla dah mcm melalut pula.tak suka watak mira,ada ke pompuan mcm ni
Best tapi ceritanya terlalu meleret. Boring jadi..
Cuba buang plot yang menyampah.. baru ada kualiti drama
Saya syorkan setiap episod mesti diadakan siaran ulangan nya,
bagi tujuan kepada peminat siri ini yang tertinggal menuntunnya
akan berpeluang menuntun nya….
jalan cerita dah dapat agak…macam cerita sembilu kasih, balik2 kesitu je….cerita yusuf haslam ni yg boleh tengok cuma gerak khas je…
rupanyer [email protected] ( c capik ) org asal srwk n kristian..
muka cm muslim rupanyer non-muslim.. huhu!! hensem larhh wlu pn kurg inci.. ahaks..
yalh…zack bbngsa bidayuh…pttlh encem..bngga jgk lh ngn zack..pndai bbhsa bngsa sarawak…respectlh ngn ktk ya zack..ktk best eh…x lpak asal usul….god bless u…hrap ktk pun carier mju slalu..
cerite ni dah bosan larr….dulu best…tpi dah panjang sgt…..tak best dah….
tpi cerite ni best jgak!…x pernah miss!
sapa nama pelakon yg m’lakonkan watak ibu mertua si capik..?
sapa nama pelakon yg memegang watak sebagai ibu mertua si capik..?
Cite si capek ni mmg best.tpi x abis dgn masalah..
I like that drama realy best . i wont forget to watch that.
SYE SKE SGT TO ERY PUTRA,DYE COOL JER……….KDG2 TU MEMANG LAR SUME ORG WT CLAPKN,JDKN PENGAJARAN DAN IKTIBAR…..SYE HRP ERY TRUS MAJU….ERY AWK TAKDE MSE KE TO PEMINAT KT KEDAH NYHHH…LUANGKN LAH MSE FOR PEMINAT STYE AWK NY……
Kenapa drama bersiri si capik tidak ditayang lg dan digantikan dengan drama lain? Rasanya drama tu lum habis lg….x kan tergantung cam tu je? Bila nk ditayangkan semula sambungannnya?
Tolong repeat drama si capik tv2 . Episode akhir tak dapat di tonton.
yang berharap.
please repeat drama si capik last episod…rasa kecewa sbab tak dapat tengok..please..tv2
Saya menontonnya setiap minggu. Tetapi, mengapa tiba2 cerita ini dah tamatkah?
Saya rasa macam tergantung2 saja jalan ceritanya jika tamat macam itu.
Tolong maklumkan.
Terima kasih
Saya tidak dapat menonton episode yang akhir. Tolong tayang drama si capik sekali lagi.
sy minat sgt ngan citer ni ( C Capik ). cerita ni membawa kita mengenang tentang perangai manusia seperti kita yg yerdahulu… ada yg berfikiran kuno, kolot dn sebagainya… tp disebalik cerita ni… apa yg disampaikan adalah cukup memuaskan hati krn byk perihal samada yg jelas dn tersirat dpt dipaparkan melalui citer ni… TAHNIAH kpd pengarah dn penerbit citer ni… wlupun panjang tp.. ttp teringin nk tgk citer ni… sambutan amat menggalakkan….jdkan ia sebagai dorongan bg rakyat kita utk terus maju dn cekal spt lakonan yg ditonjolkan oleh pelakon utamanya…. tq…
Siapa2 yang tahu ape tajuk lagu tema Si Capik?
Lagu yg mana satu?…..Lagu nyayian Aizat ke you maksud kan (Ali), ….. simple lagu dia…”Cerita tentang masa lalu, cerita tentang kau dan aku” kalau lagu ini…tajuk dia “Hanya Kau Yang Mampu” dendangan Aizat. 🙂
Terima kasih Wan, inilah lagunya 🙂
Hi Ali, so dpt mp3 lagu yg you nak??? 🙂
Apa yang berlaku pada series ini. Saya minat cerita ini tapi Tiada penghujung ke? Tergantung aja
Sambung cerita ini lagi lah
popular cite nie, best sgt2 larhhh…
ada 1 lg lagu tema lagu ape ea??? lagu ny mcm lagu sedih ckit..just muzik je
drama yang disiarkan di kaca televisyen dri dulu hingga sekarang memang terbaik
Best citer dia
dah 8 tahun dah citer ni. (2017) haha!
hi…sya teringin sangat nak tonton drama Si Capik Dari Musim 1 hingga 3, boleh siar sekali lagi??sudah beberapa tahun, sya tunggu…