in ,

ADV: LG Life’s Good Lancar Blog Baru Yang Lebih Gempak!

Pada 8 Mei 2009, hari Jumaat jam 8 malam yang lalu, Budiey telah dijemput oleh LG untuk menghadiri Pelancaran Blog LG yang diadakan di Metropol Bar, Menara Hap Seng, Kuala Lumpur. Dihadiri oleh lebih kurang 150 orang penulis blog serata Kuala Lumpur. Diacarakan oleh Pamela Chong ini diserikan dengan kehadiran Will Quah dari NTV7 dan Serena C.

3522891888 37B4C800Ac O | 4

Pemimpin teknologi dan reka bentuk sedunia, LG Electronics, melancarkan secara rasmi blog LG tempatannya, www.lgblog.com.my, di acara khas yang diadakan buat komuniti penulis blog Malaysia dan ahli media, menjadikannya syarikat elektronik pertama yang mengadakan acara seperti ini. 

3522884140 7Be837Fe33 O | 5

Semua blogger datang dengan pakaian tema White Angelic dan Red Devils

3522890740 624D58A083 O | 6

Budaya blog, yang melanda Malaysia seperti taufan, tidak dinafikan adalah medium alternatif paling pantas berkembang di negara ini di mana blog-blog popular menyumbangkan pandangan alternatif dan berita berbanding media aliran utama. Fenomena ini semestinya disedari oleh warga LG Electronics, di mana LG Blog diwujudkan secara khusus bagi mendekati golongan penulis blog dan para pembaca mereka, selain menyediakan platform buat maklum balas berkenaan produk terbaru, acara, aktiviti dan promosinya. 

3522888888 738Bc94C1A | 7

Dihoskan oleh Pamela Chong, adik beradik kepada Vince AF

Para penulis blog adalah refleksi sebenar berbagai-bagai jenis personaliti yang membentuk dunia hari ini, menawarkan kepelbagaian warna ke dalam dunia siber. Bermula dari yang berhati mulia yang menulis penuh semangat untuk sesuatu sebab kepada si nakal yang memberi rencah kepada dunia siber dengan gosip, pendapat dan sindiran mereka yang menyakitkan hati, maka tidak hairanlah mengapa parti pelancaran LG Blog diberi tema “Angelic White & Devilish Red”!      

3522889956 7A2492D1B1 | 8

Encik TY Ko, Pengarah Urusan merangkap CEO LG Electronics (Malaysia) Sdn Bhd berkata, “Landskap pengguna kini berkembang dengan pesat dan adalah penting untuk kami mengikuti perkembangan trend dan gaya hidup terkini, terutamanya dalam suasana ekonomi hari ini. Apa lagi cara yang lebih baik selain dari mendekati penulis blog, yang kami lihat sebagai penyampai pendapat pengguna muda. Sudut pandangan bebas mereka dipandang tinggi oleh masyarakat awam sebagai pendapat mereka manakala komen mereka biasanya tidak memihak, maka ia dianggap lebih boleh dipercayai.

“Internet kini menjadi bahagian penting dalam gaya hidup hari ini – dari berhubung dengan orang lain, menguruskan bil harian kita, menjalankan kajian tentang produk pengguna atau berkongsi pemikiran dan pendapat melalui blog. Berbekalkan kesedaran inilah menyebabkan kami melancarkan LG Blog yang melengkapi laman web korporat kami.”

Terbuka kepada orang awam, blog Malaysia rasmi dari LG ini menampilkan penulisan dan pemberitahuan tentang reka bentuk, inovasi, gaya hidup dan teknologinya menggunakan pendekatan yang lebih mesra dan peribadi. Para pengunjung blog ini bukan sahaja berpeluang melihat dan merasai yang terkini daripada gergasi elektronik ini malah berpeluang meninggalkan komen dan menyumbang maklum balas mereka.

Sebagai contoh, lanjutan dari pelancaran produk LG baru, pengguna boleh melayarinya untuk mengetahui tentang produk dengan lebih lanjut; membaca ulasan produk yang objektif daripada pihak ketiga bebas; dan menyumbang maklum balas dan pandangan mereka sendiri. LG Blog juga bakal menjadi sumber kandungan yang luas buat para penulis blog lain dengan capaian pantas kepada maklumat lengkap dengan audio, video dan gambar yang boleh dikongsi dengan para pembaca mereka.

Bagi mereka yang mengintai peluang untuk memenangi hadiah, mereka boleh melayari LG Blog dengan kerap bagi mendapatkan promosi dalam talian istimewa atau mengetahui tentang promosi pengguna terbaru, di mana hadiah-hadiah hebat yang boleh dimenangi merangkumi dari produk LG kepada baucar menonton filem terbaru atau saluran keluar F&B yang paling menarik!

Selain dari menampilkan produk-produk terbarunya, LG Blog juga bakal menonjolkan aktiviti korporat terbaru syarikat daripada persembahan dalam kunjungan dan acara amal, serta kekosongan kerja dan peluang untuk bekerja bersama syarikat.

Bagi meningkatkan lagi populariti laman blog baru ini, LG turut memperkenalkan LG Malaysia Fan Club di Facebook© yang menyasarkan ribuan pengguna Internet Malaysia yang menyertai laman web rangkaian sosial yang amat popular itu. Laman LG Facebook Fan Club bakal menyiarkan kemas kini ringkas, sedutan artikel dan pautan kepada LG Blog dan laman web korporat LG.

Jom layari blog LG: www.lgblog.com.my

Ini gambar sekitar pelancaran blog LG

3522075155 0974Dee20C O | 9

3522075367 962430B8C6 O | 10

3522883448 0C83C70F33 O | 11

3522884382 6343Da119E O | 12

3522884712 204B6Fcc9A O | 13

3522885804 39431F0D50 O | 14

3522886458 645Fb54B9B O | 15

3522886780 23C0D6E0B9 O | 16

3522084953 3731601C00 O | 17

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Safira Lakonan Yukino Amira dan Lucky Perdana di TV2

Kamal Adli 1 | 42

KRU Studios Terbitkan Drama Superhero CGI Pertama Bio-Nik