in ,

Drama La Dolce Amira dan Datin Wanabe di TV3

Dua lagi drama menarik akan diperkenalkan bulan Mei ini! Istimewa buat peminat setia slot Lestary, satu lagi drama penuh emosi berjudul La Dolce Amira akan bersiaran bermula pada 26 Mei 2009, setiap hari Selasa, 9.00 malam. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Amira dipenuhi dengan gelak ketawa dan usik mengusik namun di sebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapanya. Pelbagai cubaan sudah dilakukan oleh Amira tetapi sering mengalami kebuntuan.

Manakala Datin WanAbe pula akan menemui penonton bermula hari selasa, 19 Mei 2009, jam 10.00 malam mengisahkan tentang keluarga Kat dan Amin yang penuh dengan adegan lucu mencuit hati lantaran sikap Kat yang sering mahukan perhatian dan terlalu inginkan kehidupan mewah walaupun hakikatnya dia mencanang cerita semata-mata hendak bermegah-megah. 

Siri La Dolce Amira menampilkan pelakon-pelakon seperti Faeza Elai, Iqram Dinzly, Siti Elizad, Amelia Chan, Linda Hashim, Fizzow Omar, Joanna Bassey, Kuza, Zafrul Nordin, Wan Faikah Aina dan Rozie Rashid. Manakala Datin Wan Abe membariskan pelakon seperti Jasmin Hamid, Shamsul Ghau Ghau, Wan Elyas, Zaris dan Maya.

Saksikan Faezah Elai dalam drama La Dolce Amira

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. best r cete la dolce amira ne?klu blh buat la banyk lagi cete tu mcm cete puteri sampi skg org igt cete tu .good luck untk smue pelakonb dlm cete tu .terutama kat amira.sya sokng 100%

  2. Drama La Dolce Amira, memaparkan cara hidup yang begitu jauh menyimpang dari budaya melayu dan islam. Orang melayu memang ada yang begitu dewasa ini namun adakah budaya itu mahu dibudayakan. Berpeluk seperti suami isteri semasa masih belum ada ikatan sah. Dalam satu episod pelakon perempuan dan lelai kelihatan bermesraan dengan kepala pelakon perempuan diletakkan di atas bahu lelaki. Hampir nak bercium. Mereka pula digambar sebagai elemen yang baik. Adakah ini yg kita mahu. Golongan muda akan merasakan itu satu yang diterima dan boleh buat.

  3. cite ni tak berunsurkan sedikit pun nilai-nilai umat islam dan tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak…kanak-kanak akan ikut cara perlakuan seperti yang dipaparkan…..tiada unsur kebaikan

  4. SAYA TAK PUAS HATI DIATAS APA YANG TELAH BERLAKU PADA ARIF DALAM CERITA LA DOLCE AMIRA NI! KENAPA ARIF YANG MATI? KENAPA BUKAN VEE? KALAU VEE MATI, MAZNAH AKAN MENGGANTIKAN TEMPAT VEE, SEBAB MAZ KAN SUKA KAT ARIF?!!!!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah

Gempak Selebriti Astro Bukit Jalil Lebih Gempak!