in ,

Gempak Selebriti Astro Bukit Jalil Lebih Gempak!

Pada 16 Mei lalu, Budiey berkesempatan untuk ronda-ronda di Gempak Selebriti Astro di Perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil.

Seawal jam 1 tengahari, Budiey dah berada di sana. Memang meriah sangat dan Budiey kira, acara kali ini lebih meriah dari apa yang kita ramalkan. Walaupun kali ini hujan turun dengan lebat, namun, tidak sekali-kali menghalang peminat untuk terus setia ber’karnival’ dengan pelbagai acara dan aktiviti.

Karnival bermula jam 10.30 pagi lagi, dan seawal itu, sudah ramai pengunjung yang datang membanjiri gerai-gerai dan booth. Di wajah masing-masing nampak teruja yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sebagaimana yang saya jangkakan, Gempak Selebriti Astro kali ini akan lebih sebab pada malam itu akan diadakan Konsert Akhir Akademi Fantasia musim ke-7. Jadi, memang tak syak lagi, peminat program realiti no.1 di Malaysia itu akan mengerumuni Gempak Selebriti Astro.

Sementara menunggu jam 9 malam, ada yang tiba seawal jam 3 petang lagi.

Suasana pada jam 1 petang. Panas terik mentari memanaskan lokasi Gempak Selebriti Astro.

Sebelum itu, sudah banyak aktiviti dijalankan seawal jam 10.30 pagi iaitu DJ Promotion, perlawanan Bola Sepak PS3 pula berlangsung pada jam 11.30 pagi. Modenas pula turut mengadakan aktiviti di booth yang menghimpunkan beberapa model motosikal terbaru keluaran mereka. Tidak cukup dengan itu, ada aktiviti bersama pengunjung tajaan Maybeline, Hotlink, Cerebos dan Modenas.

Hadiah-hadiah percuma diberikan kepada semua pengunjung yang memberi jawapan yang betul.

Pada jam 3 petang, ada persembahan daripada bekas pelajar Akademi Fantasia 7 yang telah tersingkir iaitu Obri, Nas Adila dan ramai lagi.

Apalagi, penonton semakin ramai mengerumuni pentas utama dan bertambah histeria dengan kehadiran bintang pujaan mereka.

Tumpuan utama… pastinya di booth Astro. Macam-macam ada kat sini.

Budiey perhatikan ramai yang datang dengan famili. Datang seorang memang tak syok! Sebab kat sini, Astro menyediakan macam-macam untuk seisi famili. Maklumla, Astro kan dapat mengeratkan ikatan keluarga. Jenguk-jenguk di Family booth, memang gempak sebab banyak sangat aktivitinya. Dari yang besar hingga kecil boleh join. Kalau nak tau, Family booth ini untuk pakej Astro seperti Astro Ria, Oasis, Kirana, Zee dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga beberapa lagi rangkaian popular Astro iaitu HBO, MAX, StarMovies, Nickelodean and Cartoon Network, ESPN, Star Sports, Astro Supersports, Golf Channel, EuroSport, Discovery, National Geography dan banyak lagi.

Untuk pelanggan setia Astro, jangan lupa untuk menukarkan hadiah idaman anda di Redemption Booth. Juga kalau ada sebarang pertanyaan, boleh kunjungi booth kaunter pertanyaan atau Sales booth.

Paling istimewanya, untuk pelanggan setia, bolehlah melegakan keletihan badan dan pergi di booth ini untuk buat urutan refleksologi. Kalau dah letih-letih pusing-pusing, bolehlah rehatkan dan manjakan badan kat sini.

Best nyer bila kaki diurut. Hilang lenguh-lenguh sendi.

Untuk pelanggan yang mahu menaik taraf (upgrade) pakej mini Astro mereka, korang akan dihadiahkan key chain, pen dan buku nota Gempak Selebriti Astro.

Di gerai Hotlink, ada macam-macam hiburan…

Di samping gerai-gerai daripada produk dan penaja, ada juga gerai yang disediakan untuk peminat Akademi Fantasia. Peminat boleh mendapatkan baju T dan juga barangan merchandise dari pelajar AF pilihan mereka.

Untuk kaum wanita, berkunjung di gerai Maybeline, untuk dapatkan produk kecantikan bermutu untuk wajah cantik berseri.

Kanak-kanak antara yang paling happy sebab banyak betul acara dan games untuk mereka. Kat sini, diorang nampak seronok main panjat-panjat macam rock climbing.

Fun booth yang menampilkan kanak-kanak dari saluran Astro seperti Disney, Nickelodean dan Cartoon Network. Ibu bapa yang datang menemani anak-anaknya tidak lupa untuk singgah. Golongan ibu dan bapa juga turut berseronok dengan ada permainan

Kat booth Astro juga, ada permainan ‘Disney Interactive Games’, memang satu benda yang baru bagi mereka. Lebih seronok apabila mereka boleh menyertai pertandingan dan memenangi pelbagai barangan premium daripada Astro.

Wii Dancing Board… antara tarikan utama kanak-kanak dan remaja.

Kish, antara pengacara yang turut sama berceloteh bersama pengunjung.

Gerai Hotlink yang sentiasa menerima pengunjung paling ramai.

Anda dahaga? Singgah seketika di gerai Peel Fresh Marigold.

Seawal jam 3 petang, pengunjung dihidangkan pula dengan persembahan pentas oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 1 hingga 7. Antara yang turut buat persembahan ialah Edlin, Idayu, Farish, Fitri, Hazama, Tam, Akma, Reza, Nonny & Nora. Juga pelakon drama yang pernah meletop di Astro iaitu Tam Suhaimi.

Show diorang memang gempak!

Persembahan pembukaan dengan lagu tema Gempak Selebriti Astro.

Lama betul tak tengok Idayu buat persembahan.

Idayu yang semakin ceria. Seronok dapat menghiburkan penonton.

NANTIKAN GEMPAK SELEBRITI ASTRO DI MID VALLEY
Tak cukup dan tak puas berseronok di Gempak Selebriti Astro di Bukit Jalil? Haa… untuk lokasi seterusnya, Gempak Selebriti Astro dah singgah di Mid Valley pula!

Mahu berseronok lagi dan lagi? Kalau ada yang tak sempat join di Bukit Jalil, korang boleh datang Gempak Selebriti Astro di Mid Valley Shopping Centre pada 23 dan 24 Mei 2009 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Apa tunggu lagi, tandalah kalendar anda sekarang. Jom bergembira dan berpesta! Pastinya, anda akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada artis-artis yang terlibat.

Datang, jangan tak datang! Mesti gempak punyaaaa!

Layari: http://www.astro.com.my/gempak09

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama La Dolce Amira dan Datin Wanabe di TV3

ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 10