in , ,

Selepas Dikecam, Drama DEMI TUHAN AKU BERSAKSI Akhirnya Dibenar Tayang di RTM

Selepas dua tahun ditunda tayangan akibat mengetengahkan hubungan songsang, telefilem kontoversi Demi Tuhan Aku Bersaksi akhirnya dibenarkan untuk bersiaran pada hujung bulan ini. Penerbitnya, Fadzil Zahari bersyukur apabila karya terbitannya itu menemui penonton selepas menerima kecaman dan bantahan hebat netizen.

Penerbit telefilem kontroversi, Demi Tuhan Aku Bersaksi, Fadzil Zahari lega apabila karya terbitan syarikatnya, Prokuya Studios Sdn Bhd akan ditayangkan di TV1 pada 31 Oktober, jam 9 malam. Telefilem berkisar kehidupan golongan dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di pusat tahfiz itu ‘terperam’ lebih setahun lalu.

Namun, telefilem itu sudah mendapat kelulusan beberapa tokoh agama termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang ketika itu memegang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ogos tahun lalu.

Selepas Dikecam, Drama DEMI TUHAN AKU BERSAKSI Akhirnya Dibenar Tayang di RTM

Fadzil memberitahu, dia menerima panggilan daripada wakil Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jumaat lalu, memaklumkan perkhabaran itu.

“Setelah lebih 80,000 petisyen tandatangan untuk haramkan tayangan telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi… pelbagai kecaman yang abang, isteri, keluarga, pengarah, kru dan pelakon terima.

“Dari sekecil cacian hinggalah kami dikatakan ejen Yahudi, keluarga di sumpah masuk neraka… abang maafkan semuanya!

“Semalam dengan izin Allah Taala, telefilem ini sudah mendapat tarikh tayangannya pada 31 Oktober pukul 9 malam di TV1,”

– Fadzil Zahari

Sejak Ogos tahun lalu, telefilem ini menerima kecaman hebat kerana dikatakan mengetengahkan hubungan songsang atau LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual) dan turut membabitkan sekolah tahfiz.

Biarpun dimaklumkan dalam tempoh yang agak singkat, namun, Fadzil bersyukur penantiannya menemui noktah.

“Syukur alhamdulillah, akhirnya, telefilem terbitan syarikat saya akan ditayangkan selepas lebih setahun menunggu.

“Apa yang terdaya, saya dan isteri (Yana Samsudin) lakukan setiap hari hanyalah berdoa mengharapkan telefilem itu mendapat kelulusan stesen televisyen (TV) untuk ditayangkan.

“Sepanjang lebih setahun, kami membuat susulan dengan RTM tetapi tidaklah terlalu kerap. Kami faham, jika terlalu kerap bertanya, mungkin pihak di sana kurang selesa.

“Jadi, hanya doa saja yang mampu kami berdua panjatkan kerana kami sudah hilang punca dan tidak tahu apa lagi boleh dilakukan,”

– Fadzil Zahari
Selepas Dikecam, Drama DEMI TUHAN AKU BERSAKSI Akhirnya Dibenar Tayang di RTM

Bagaimanapun, Fadzil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh netizen terhadap drama itu merupakan satu fitnah.

Sementara itu, pemilik syarikat produksi Prokuya Studios ini berharap penonton dapat menilai sendiri mesej yang ingin disampaikan dalam telefilem tersebut.

Fadzil berkata, kelulusan diterima menggembirakan kru dan pelakon telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi.

“Abang percaya, ramai yang tunggu nak tonton, sebab hampir dua tahun dah cerita ni ditunda tayangannya.

“Maklumlah, kami sudah menanti selama lebih setahun, jadi berita itu tentulah cukup menggembirakan buat kami semua.

“Mungkin ini rezeki anak yang bakal dilahirkan,”

– Fadzil Zahari

Fadzil tidak menyalahkan RTM apabila terpaksa ‘peram’ telefilem itu terlalu lama.

Sebaliknya, Fadzil akur, RTM mungkin mahu lebih berhati-hati melihat semula jalan cerita dan kandungan telefilem terbabit. Ini penting agar tidak timbul kecaman yang boleh memburukkan imej RTM.

Telefilem arahan Eyra Rahman yang membariskan Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaakob, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi itu menjadi kontroversi selepas penyebaran foto babak dan keterangan gambar mengelirukan oleh sebuah blog.

“Suntingan babak yang dikatakan boleh mencetuskan pertikaian penonton sudah dibuat atas permintaan RTM.

“Sebenarnya, jalan cerita telefilem sudah mendapat kelulusan RTM dan proses penapisan dilakukan sebelum kontroversi timbul.

“Namun, tidak banyak suntingan dibuat hanya membabitkan kira-kira 15 peratus babak.

“Itu yang terbaik mampu kami lakukan dan ia tidak mengganggu jalan cerita asal,”

– Fadzil Zahari

Tambah Fadzil, apa yang dipaparkan melalui telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi adalah perihal dakwah.

“Namun, apabila netizen mula membesar-besarkan isu poster hingga tular, RTM terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Mana yang tidak kena, mereka minta dibuang dan kami harus akur,”

– Fadzil Zahari

Tidak mengharapkan kontroversi tercetus menaikkan rating, Fadzil berharap buah tangannya mendapat sambutan baik.

“Jika bertanya kepada mana-mana produser, semua mengharapkan drama atau filem yang diterbitkan meraih tontonan tinggi.

“Cuma saya harap telefilem ini mendapat sambutan bukan bersandarkan kepada kontroversi semata-mata, sebaliknya, saya mahu penonton menilai dakwah yang ingin disampaikan,” katanya.

– Fadzil Zahari

Fadzil bersyukur, tanpa diminta, kru dan pelakon mengambil inisiatif mempromosikan telefilem berkenaan di media sosial, sejurus tarikh tayangan dimaklumkan.

“Mereka lakukan dengan kerelaan hati. Malah, saya tidak sempat beri poster baharu untuk tujuan promosi.

“Sebelum ini, ada penerbit mengeluh pelakon enggan mempromosikan telefilem lakonan mereka. Namun, saya sebaliknya dan amat berterima kasih kepada mereka,” katanya.

“Mohon semua tonton sendiri dan buat penilaian, harap dakwah cerita ni sampai pada setiap yang memerlukan insyaAllah.

“Beritahu kawan-kawan kamu yang dah tunggu lama nak tengok okay. Terima kasih RTM,”

– Fadzil Zahari

Demi Tuhan Aku Bersaksi mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama.

Watak maknyah yang dipegang Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun ketika di pusat tahfiz, dia telah dihina dan dikeji sebagai pengikut kaum Luth.

Sebelum ini, gambar dan sinopsis telefilem ini tersebar di laman sosial sehingga ia menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif gara-gara mengangkat elemen budaya hidup songsang di dalam sebuah pusat keagamaan.

*Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mungkin Lepas 31 Oktober Kes Harian Akan Jadi 4 Angka, Ramalan Dr Nor Hisham Merisaukan

Nama DOLLA Trending Gara-Gara Dibandingkan dengan BLACKPINK oleh Media Antarabangsa