in ,

Mungkin Lepas 31 Oktober Kes Harian Akan Jadi 4 Angka, Ramalan Dr Nor Hisham Merisaukan

Mungkin Lepas 31 Oktober Kes Harian Akan Jadi 4 Angka. Setelah Sekian Lama Diamkan Diri Akhirnya Dr Nor Hisham Tampil Bersuara Dedahkan Puncanya Buat Orang Ramai Terkedu.

Menerusi Sidang Media KKM Situasi Semasa Di Malaysia secara langsung semalam, ada wartawan mengajukan soalan berikutan dengan spekulasi oleh segelintir pihak terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham tentang kes harian Covid-19.

Dakwaan yang mengatakan bahawa beliau memanipulasi data kes harian Covid-19 ini pernah dijawab oleh Tan Sri Dr Noor Hisham, namun begitu spekulasi timbul semula kerana kes baru-baru ini sangat tinggi dan mencecah 4 digit, misalnya kes positif hari ini sebanyak 1,228.

Susulan itu, ini jawapan Tan Sri Dr Noor Hisham,

“Data-data kita dikutip setiap hari sampai pukul 12 tengah hari dan ini menggunakan Sistem Informasi Maklumat Kesihatan Awam iaitu sistem yang kita ada.” Katanya lagi, setiap negeri akan masukkan data-data tersebut, ia dikutip dan dibincangkan bukan hanya daripadanya tetapi seluruh pasukan disebalik tabir akan melihat data-data dan kluster yang terlibat.

“Ini bukan manipulasi dan ini ialah fakta yang kita ada dan kita dah gunakan fakta ini dari hari pertama”. Tambahnya lagi, beliau dan KKM telah menjangkakan bahawa kes harian akan menjadi 4 digit dalam masa terdekat.

“Kita telah jangkakan iaitu unjuran kita telah menunjukkan kes akan meningkat 1,000 kes dalam tempoh masa terdekat. Mungkin selepas 31 oktober, kita tak ada 3 digit dah, kita dah 4 digit.” Katanya lagi, mungkin dalam tempoh 4 minggu baru dapat turunkan 4 digit kepada 3 digit. “

“Usaha sedang kita jalankan, terutama di negeri Sabah untuk kita pastikan dalam mengawal dan membendung penyakit Covid-19 di negara kita khususnya di negeri Sabah,” 

– Tan Sri Dr Noor Hisham
Kes Masih Kekal 3 Angka. Terkini KKM Sahkan Semua Daerah Di Selangor Kini Berda Dalam Zon Kuning Dan Merah. Akhirnya KKM Tampil Bersuara Bongkarkan Puncanya.

Semua daerah di negeri Selangor kini berada dalam zon kuning serta merah, lapor KKM. Menurut kemaskini Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan 88 kes baharu yang dicatatkan di Selangor termasuk 1 kes di Sabak Bernam telah menjadikan seluruh daerah di Selangor kini berada dalam zon kuning serta merah.

Antara 88 kes baharu yang dicatatkan Selangor pada semalam, 34 daripadanya datang daripada kluster-kluster sedia ada, 5 kes lagi dicatatkan daripada kluster baharu iaitu Kluster Mentari, 28 kes lain pula datang daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19, manakala 21 kes lagi datang daripada lain-lain saringan COVID-19. KKM juga turut menyatakan bahawa daerah yang mempunyai kes paling tinggi di negeri Selangor adalah daerah Petaling.

Sumber: KKM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

airasia.com Lancar Inisiatif Derma Digital Awam ‘IKHLAS untuk Sabah’

Selepas Dikecam, Drama DEMI TUHAN AKU BERSAKSI Akhirnya Dibenar Tayang di RTM