in , , ,

Nama DOLLA Trending Gara-Gara Dibandingkan dengan BLACKPINK oleh Media Antarabangsa

Kumpulan Dolla yang terdiri daripada empat gadis cantik yang berbakat besar iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel mula mendapat perhatian gara-gara penampilan serta persembahan mereka yang disamakan dengan kumpulan BLACKPINK.

Melihat persembahan dan penampilan kumpulan Dolla, pasti sahaja ada peminat dunia hiburan akan menyamakan mereka dengan kumpulan terkenal antarabangsa BLACKPINK. Ditambah pula dengan liputan media antarabangsa yang baru sahaja dicanang tentang dakwaan kononnya meniru kumpulan popular daripada Korea Selatan iaitu BLACKPINK.

Malah sebelum ini terdapat segelintir yang mengecam empat gadis cantik ini iaitu Sabrina, Angel, Tabby dan Syasa seolah mereka tiada identiti sendiri sehingga dikatakan 100% meniru gaya BLACKPINK. 

Dolla Kuasai Gerak Tari Blackpink

Memandang daripada sudut positif, salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo menganggap pendedahan media luar negara itu sebagai satu peluang untuk mereka membina nama dan mengumpul peminat baharu.

Memiliki bakat menyanyi dan menari yang mengagumkan, DOLLA sebelum ini memeriahkan industri muzik tempatan dengan single pertama mereka ‘Make You Wanna’ yang dihasilkan oleh komposer dan produser lagu yang terkenal dari Australia, Bryan B.

“Pada awalnya saya tak sedar portal yang keluarkan artikel itu sehinggalah ahli kumpulan lain memaklumkan mengenai perkara itu… memang terkejut sebab tak sangka mereka sudi menulis mengenai kami.

“Walaupun cerita dalam artikel itu mengenai sesuatu isu yang agak sensitif tetapi kami menerimanya dari sudut positif kerana ia merupakan peluang untuk kami memperkenalkan Dolla.

“Topik yang diketengahkan mengenai Blackpink dan seksi itu bukan benda baharu, jadi isu tersebut sama sekali tidak membuatkan kami rasa patah semangat atau sebagainya,” 

– Dolla

Dipaparkan dalam sebuah portal terkenal www.allkpop.com, artikel mengenai Dolla menjadi pilihan portal tersebut yang menyentuh mengenai perbandingan kumpulan tersebut dengan Blackpink yang mendunia popularitinya. 

Oleh demikian kerana cerita ini, telah membuatkan Kumpulan Dolla menjadi Trending di laman Twitter. Malah kini Video Muzik Dolla Make You Wanna, terus meningkat naik dengan 80 Ribu tontonan.

Dolla Kuasai Gerak Tari Blackpink
Nama Dolla trending di Twitter selepas beberapa portal hiburan antarabangsa menerbitkan berita mengenai kumpulan mereka.

Sebelum ini, beberapa portal hiburan popular di Korea Selatan, Indonesia dan Singapura menerbitkan artikel mengenai kumpulan Dolla.

Antara topik yang dibangkitkan ialah mengenai perbandingan kumpulan tersebut dengan Blackpink.

Gara-gara liputan meluas yang diberikan media antarabangsa itu, Sabronzo berkata laporan tersebut sedikit sebanyak membantu menaikkan jumlah tontonan video muzik (MV) Dolla Make You Wanna di laman YouTube.

Kalau ada komen negatif pun kami terima dengan hati terbuka, apa yang kurang kami akan perbaiki dan kami sangat berterima kasih dengan sokongan semua pihak!

“Saya akui berita itu sedikit sebanyak membantu menaikkan jumlah tontonan MV tersebut, malah Instagram dan TikTok kami juga meningkat… rata-ratanya yang mengunjungi laman sosial kami adalah orang luar Malaysia.

“Mungkin mereka nak menilai sendiri persamaan Dolla dan Blackpink. Tapi kebanyakannya meninggalkan komen positif dan syukur mereka suka dengan identiti yang kami bawa.

“Kalau ada negatif pun kami terima dengan hati terbuka, apa yang kurang kami akan perbaiki dan kami sangat berterima kasih dengan sokongan semua pihak,”

– Dolla
Dolla Kuasai Gerak Tari Blackpink
Dolla mahu kembangkan muzik mereka di seluruh dunia.

Sabronzo menegaskan Dolla tidak meniru mana-mana kumpulan antarabangsa termasuklah Blackpink.

“Saya sedar ada yang menyamakan kami dengan kumpulan Blackpink, kami anggap ia sebagai satu penghargaan kerana mereka sesungguhnya berada di satu tahap yang berbeza.

“Namun saya nak tegaskan kami bukannya copy bulat-bulat kumpulan Blackpink, sebenarnya kami terinspirasi daripada beberapa kumpulan wanita lain daripada Barat dan juga tempatan.

“Mungkin orang kata sedemikian kerana kami mempunyai empat orang ahli, namun ia sekadar satu kebetulan,”

– Dolla
DOLLA
Single kedua DOLLA berjudul Impikan yang akan dilancarkan di laman YouTube pada Jumaat ini.

Bercakap mengenai lagu baharu, Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Angel, Syasya dan Tabby itu bakal muncul dengan single kedua berjudul Impikan yang akan dilancarkan di laman YouTube pada Jumaat ini.

Disamping itu juga Kumpulan Dolla bakal muncul dengan single kedua yang bertajuk ‘IMPIKAN’ yang bakal dilancarkan pada hujung bulan ini.

Kumpulan Dolla yang bernaung di bawah Universal Music Malaysia.

*Sumber: mStar & Allkpop

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selepas Dikecam, Drama DEMI TUHAN AKU BERSAKSI Akhirnya Dibenar Tayang di RTM

Kes Sindiket Gubah Wang Haram, Alvin Goh Akhirnya Ditahan di Pusat Peranginan