in

Drama Komedi Bersiri KLIK Musim 2

Kesinambungan kisah remaja KLIK kini diteruskan untuk musim kedua secara eksklusif di Astro Ceria!

Istimewa bulan Disember ini, Astro Ceria dengan bangganya meneruskan lagi kesinambungan drama komedi bersiri berjudul KLIK yang menyingkap tentang kehidupan sekumpulan remaja untuk musim yang kedua dan bakal menemui para penonton pada setiap hari Ahad, jam 10.30 pagi bermula 4 Disember 2011 menerusi saluran 611.

Drama komedi bersiri 13 episod arahan Hashim Rejab terbitan ini masih mengekalkan barisan pelakon dari musim pertama seperti Ariel Zafril, Erin Malek, Aren Yunus, Sashwin Raj, Fiffy Natasya, Wawa Zainal dan Jorrin atau Chee Ka-Yee selain menampilkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh Fatin Nur Afeefah, Zalif Sidek dan Man Rahman.

Barisan pelakon KLIK

Barisan pelakon KLIK

Pengurus saluran Astro Ceria, Puan Evon Koh berkata, ”Melalui penelitian kami, kebanyakkan penonton lebih gemar dan cenderung kepada pengisian yang bersifat ringan dan tidak memerlukan penghayatan yang berat untuk mentafsir keseluruhan jalan cerita. Penonton kami inginkan hiburan yang mampu memberikan mereka keseronokan menonton untuk dinikmati oleh seisi keluarga khususnya golongan remaja.

Pada musim lalu, kisah KLIK telah berjaya meraih jumlah penonton yang memberangsangkan di antara drama-drama yang pernah ditayangkan di Astro Ceria. Kami amat berbangga dan berterima kasih terhadap sokongan yang telah diberikan oleh para penonton.

Sehubungan dengan itu, kami membuat keputusan untuk menyambung kisah hidup sekumpulan remaja ini untuk musim kedua bagi memenuhi permintaan para peminat yang telah mengikuti kisah mereka dalam musim pertama yang disiarkan di Astro Ceria awal tahun ini. Kami berharap musim terbaru drama KLIK ini sekali lagi mampu mendapat tempat di hati para penonton dan mengulangi kejayaan musim sudah,” jelas Evon.

Drama KLIK musim kedua menceritakan kehidupan sekumpulan remaja yang yang mempunyai watak dan pandangan yang berbeza dalam hampir semua perkara iaitu Redwan lakonan mantap oleh Ariel Zafril, Aizat (Aren Yunus), Alia (Fiffy Natasya), Karthik (Sashwin Raj), Elisya (Erin Malek), Amanda (Wawa Zainal) dan Eve (Jorrin). Mereka kini disertai oleh tiga orang rakan baru iaitu Nadia (Fatin Nur Afeefah), Aqil (Zalif Sidek) dan Herman (Man Rahman).

Apabila mereka semua bertemu, semestinya situasi menjadi lucu dan mencuit hati. Musim ini juga masih mengekalkan konsep santai, bersahaja dan menghiburkan dalam mengupas persoalan golongan remaja seperti persaingan mendapat tempat terbaik, kemahuan untuk dikenali dan menjadi pujaan ramai. Pelbagai gelagat sekumpulan remaja yang boleh ditonton pada setiap episod drama komedi ini yang bakal mencuit hati para penonton.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri komedi yang sangat menghiburkan KLIK musim kedua, pada setiap Ahad, jam 10.30 pagi bermula pada 4 Disember 2011 ini, hanya di Astro Ceria menerusi saluran 611. Selamat menonton!

Pengarah, hashim rejab

Pengarah, Hashim Rejab

Puan Koh Evon, Pengurus Saluran Astro Ceria

Puan Koh Evon, Pengurus Saluran Astro Ceria

BARISAN PELAKON DRAMA BERSIRI KLIK! MUSIM KEDUA

ARIEL ZAFRIL
REDWAN
Redwan ialah seorang pelajar yang pintar. Wajahnya kacak dan diminati ramai pelajar perempuan. Dia agak nakal dan suka melawak. Berkawan baik dengan Aizat dan Karthik.

ERIN MALIK
ELISYA
Elisya ialah seorang yang bijak, cantik tetapi dianggap berlagak oleh Redwan. Dia daripada keluarga yang kaya-raya. Keluarganya berpindah ke kampung kerana ayahnya mahu memajukan kampung tersebut. Dia berkawan baik dengan Alia.

AREN YUNUS
AIZAT
Aizat ialah seorang pelajar yang kelam-kabut tetapi baik hati. Dia ialah jurugambar yang hebat dan mengambil gambar untuk majalah sekolah. Aizat dan Alia sentiasa berkerjasama untuk menghasilkan artikel untuk majalah sekolah.

SASHWIN RAJ
KARTHIK
Karthik ialah ketua pengawas walaupun baru berada di tingkatan 4. Seorang yang tegas dan tahu tanggungjawabnya sebagai ketua. Dia ialah seorang pelajar contoh dan boleh diharapkan.

WAWA ZAINAL
AMANDA
Amanda merupakan seorang “cheerleader” yang manja. Merasakan dirinya paling hebat dan selalu berlagak seperti permaisuri. Hanya Eve menjadi kawan setianya.

JORRIN a.k.a CHEE KA YEE
EVELINA
Eve ialah kawan baik Amanda dan seorang yang sangat pembersih. Dia suka berkawan dengan Karthik dan akan lakukan apa saja demi mendapatkan perhatiannya.

FIFFY NATASYA
ALIA
Alia ialah seorang yang lucu dan suka membantu kawan-kawan yang dalam kesusahan. Dia ialah kawan baik Elisya. Alia seorang yang peramah dan merupakan wartawan untuk majalah sekolah.

FATIN NUR AFEEFAH
NADIA
Nadia ialah seorang yang berperwatakan kasar tapi sebenarnya lembut hati. Mendaftar dirinya sebagai seorang pelajar taekwando.

ZALIF SIDEK
AQIL
Mudah percaya cakap orang dan buat keputusan tanpa berfikir. Suka menyampuk dan sentiasa berusaha supaya dapat ramai kawan.

MAN RAHMAN
HERMAN
Pelajar baru. Seorang yang kedekut, berkira dan suka menunjuk. Dia ingin menyaingi Redwan dan menjadi nombor satu di sekolah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Pagar-Pagar Cinta

DIVA Friday Night Movies