in

Filem Pagar-Pagar Cinta

Bergelak Ketawa Menerusi Filem Pagar-Pagar Cinta Lakonan AR Badul Di TV2

Peminat filem genre komedi lama pastinya mengingati lawak spontan menerusi filem-filem diterbitkan sekitar tahun 80-an termasuklah Jejaka Perasan, Keluarga 99, Hantu Siang, Keluarga Si Comat dan banyak lagi yang masih diminati sehingga kini. Nyata lawak spontan dan bersahaja oleh Salih Yaacob, AR Badul, Hamid Gukha, Yusni Jaafar dan ramai lagi ini kekal di ingatan kita semua.

Pastinya ramai yang menantikan tayangan semula filem-filem menarik yang pernah menggeletek perasaan itu untuk mengembalikan ingatan terhadap idea dan lawak dibawakan mereka ini meskipun lambakan pelawak baru yang muncul dalam industri saban hari. Bukan berniat untuk membandingkan kreadibiliti mereka dalam berlawak namun hakikat situasi ini perlu dipandang positif oleh pelawak-pelawak yang ada sekarang.

Percubaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan salah satu filem popular lama ini bertajuk Pagar-Pagar Cinta (1986) pada 4 Disember 2011, jam 10.30 malam menerusi TV2 dilihat sebagai penghargaan kepada penonton setia slot Sinema Ahad yang saban minggu dijanjikan filem-filem berbeza genre dan jalan ceritanya.

Filem Pagar-Pagar Cinta arahan A.R Badul yang dilakonkan oleh Dewi Jacquelina, Liza Abdullah, R. Jaafar, Ibrahim Din, AK Jailani, Ghazali Sumantri, Mahyon Ismail dan Bibi Yem selain turut menampilkan AR Badul sebagai watak utama ini sarat dengan aksi mencuit hati bila mana percintaan sepasang kekasih yang mahu disatukan sebagai suami isteri terhalang oleh orang tua.

Ia mengisahkan watak Bidin, anak orang kaya telah jatuh hati terhadap gadis bernama Ani. Ani memiliki seorang abang dikenali sebagai Mamat. Begitupun hubungan cinta antara Ani dengan Bidin terhalang dek permintaan ibu Bidin yang mementingkat pangkat dan darjat. Pada masa sama dia Bidin berhubungan dengan Ani kerana mahu menjodohkan Bidin dengan Rita, anak kenalannya yang kaya-raya.

Lalu bermacam cara dan pendekatan diambil semata-mata mahu meyakinkan ibu Bidin bahawa cinta mereka begitu sejati tanpa mengira perbezaan darjat keluarga mereka. Namun adakah kemudiannya ibu Bidin lembut hati mahu menerima Ani sebagai menantu?

Pastikan anda bergelak ketawa dengan aksi melucukan dalam file mini hanya di TV2.

Filem pagar-pagar_cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuiz 1 Hati Cinta Negara TV1

Drama Komedi Bersiri KLIK Musim 2