in , , , , ,

Drama Kecuali Cintamu Lakonan Nanu Baharudin, Haleeda, Janet Khoo

Pada 21 April 2009 lalu, jam 2.30 petang di Mandarin Oriental Hotel, KL, para pelakon drama Kecuali Cintamu telah hadir untuk majlis pelancaran drama yang dilakonkan oleh ramai pelakon hebat ini.

Drama berepisod ini akan menjadi platform utama bagi calon-calon Anak Wayang bertaruh nasib yang mana drama berjudul Kecuali Cintamu itu akan bersiaran di Astro Prima.

pelakon kecuali cintamu

Nama-nama pelakon hebat seperti Nanu Baharudin, Haleeda, Mustapha Kamal, Janet Khoo dan Aman Shah dijangka akan membekaskan impak kepada para penonton melalui lakonan mereka.

Selain itu, wajah-wajah segar dunia lakonan seperti Siti Saleha, Riz Ainuddin dan Sabrina Hassan dijangka akan turut menyengat dengan lakonan mereka.

Drama bersiri Kecuali Cintamu juga akan menerima tempias lakonan hebat dari Liza Abdullah, Roslan Salleh, Tasha Aziz, Pushpa Narayan, Ezani Nizariff, Ainul Aishah dan Shah Hassan.

Kecuali Cintamu merupakan sebuah kisah kehidupan yang dekat di antara kebanyakan dari kita yang terpaksa mengharungi suka-duka bercinta dan asam garam kehidupan dalam alam rumah tangga serta dunia kerjaya.

Sabrina Hassan sebagai Suria Kamarul

Menurut Pengurus Saluran Astro PRIMA, Encik Nizam Sani berkata, “Kami yakin para penonton akan terpaku untuk mengetahui kesinambungan drama bersiri ini pada setiap hari apabila ditayangkan kelak kerana kekuatan jalan cerita yang mantap dan di samping barisan pelakonnya yang mantap. Kecuali Cintamu merupakan sebuah kisah kehidupan yang seolah-olah dekat di antara kebanyakan dari kita yang terpaksa mengharungi suka-duka bercinta dan asam garam kehidupan dalam alam rumah tangga serta dunia kerjaya.

“Drama ini akan menjadi lebih hebat dengan kemasukan watak-watak sampingan yang terdiri daripada calon-calon Anak Wayang yang memenangi undian SMS tertinggi pada setiap minggu bagi merebut lima watak tambahan yang telah ditetapkan iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha.”

Jangan lupa tonton

Riz Ainuddin sebagai Azran, seorang mekanik.

Ainul Aishah bersama pelakon baru, CT Zie

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. ooo aq rasa yg serang si haleeda tu bini ezany ar… bab bini dye kan suke buat kecoh.. bila dah salah faham baru nak nyesal.. bini ezany gile glam gak ape.. mcm yg die dapat AF tu..poyosss habis

  2. hmm cite ni memang best.. saye tak pnah mis lgi la tgk.. tp time law haleeda gado dgn nanu tu gram jek rase.. tapi tu la kan,nmenye pown cite.. pape pown,puas aty la..

  3. masalah nya ko tuduh2 bini ezany ni…betul ke info ko bagi tu?! neway ko ckp dia poyo ko pernah ke jumpa berbual atau kenal dgn dia? kalau tak….aku rasa baik ko diam sbb mulut manusia mcm ko ni lah porak perandakan malaysia ni!! baik ko dok kat hutan sorang2…aman sket msia ni…takat ko nilai dia dari AF tu ko dh kata dia poyo… baik ko mintak maaf cium tapak kaki dia sbb kalau tak ko mati nanti mesti mayat ko hancur kena langgar lori kayu balak pastu roh ko tak tenteram jadi hantu!! kiamat nanti jadi kayu api neraka jahanam!!!! mcm mulut ko gak!

  4. amboi marah sungguh intan ladyana ye,
    tapi ada betul nya jugak ckp intan tu. Tak baik fitnah orang kalau kita tak tahu kesahihan cerita,dosa orang yang memfitnah lebih besar dari membunuh tau….tak takut api neraka ke? kita takuttttt
    cian kat Lizda balik2 kena kutuk kat ntenet, aritu tgk dia dgn ezany kat tesco taman midah cheras, cantik bertudung…sweet jerk tau. Qiqi tgk ok jer orgnya,sbb family qiqi tangkap gambar ngan ezany….kita tanya apasal tak dapat masuk af, dengan senyum dia jawab’Takda Rezeki’, tak baik korang fitnah dia.

  5. apasal saya tgk crita ni mcm mengarut sangat sangat ye,
    mabuk,sex…tak memberi pengajaran langsung! dah mcm crita mat saleh dah…org yang berlakon pun mcm tak takut pada dosa…peluk sana..raba sini…sakit mata tgk, pastu pompuan sorang tu apatah nama dia …bdk pelakon mude jagi gf azran tu…becakap buat2 ‘slang’ omputih plak… citer paling azab yang pernah orang melayu buat!!!!!!!!!!!!

  6. ceta ne memang best but dia pnya pelakon lelaki tdak sesuai trutama azran..dia sbagai hero kn but tdak sesuai lah…cari org yg hndsome jdi hero…k..i like diz drma but i dun like the hero…k

  7. crita ni memang bagus tapi bleh tak klau crita ni dmainkan smula stiap hari jam sepuluh malam,suka tngok lakonan mustapha kamal yang mempnyai skap pnyang sbagai seorang bapa n suami gram pla tngok ruby.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nine Vokalis Band Coco Tersingkir Dari OIAM

Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru