Nine Vokalis Band Coco Tersingkir Dari OIAM

Semalam telah berlangsung Konsert One In A Million yang telah menyingkirkan Nine atau nama sebenarnya, Zulqarnain Jaafar sekaligus mengangkat Esther, Aweera dan Tomok sebagai top 3 Finalis OIAM. Nine, vokalis band COCO baru-baru ini dihangatkan dengan gambar-gambar mesra bersama kekasihnya yang juga wartawan hiburan tersohor.

3278095292 E04Ab69C0F | 4

Walaupun bersaing sesama sendiri, Nine tetap menganggap mereka sebagai kawan sejati di dalam dan luar lingkaran OIAM ke-3. Persembahan Nine banyak dikatakan agak sama iaitu membawa lagu Indonesia bergenre pop rock. Penyanyi berasal dari Alor Setar itu berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka walaupun hatinya diulit rasa kecewa.

“Setiap minggu, saya dah dapat rasakan mungkin tersingkir kerana undian saya berada di bottom. Jadi, saya telah bersedia menerima keputusan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas persembahan berakhir. Mengenai halatuju kerjayanya sebagai penyanyi dan penggubah lagu, Nine berkata, dia akan memfokus kepada kumpulan Coco selepas ini.

Jumaat lalu, Nine mempertaruhkan satu-satunya lagu Keroncong Untuk Ana oleh M. Nasir dalam konsertnya. Nine sentiasa terpahat bukan sahaja di hati finalis OIAM ke-3 bahkan para peminatnya. 

Semalam, Nine melagukan Karma oleh Cokelat buat kali terakhir di pentas OIAM dan lagu itu pernah dinyanyikannya pada minggu kelima pertandingan tersebut. Para peserta yang meneruskan kemaraan ke final ialah Tomok, Esther dan Aweera.

Untuk minggu ini yang bertemakan “Judges and Fans’ Favourite”, setiap peserta membawakan dua lagu. Bagi lagu pilihan juri, Tomok menyanyikan Crazy In Love, Esther (Better In Time) dan Aweera (Gemilang). Bagi lagu pilihan peminat pula, Tomok membawakan lagu Coba, Esther (Won’t Go Home Without You) dan Aweera (Aku Dah Bosan).

Sementara itu, Awal dan Marion turut mengumumkan orang ramai diberi pilihan untuk menentukan dua atau tiga peserta bertanding dalam peringkat akhir minggu depan.

Katanya, orang ramai boleh membuat keputusan itu dengan melayari www.8tv.com.my/oiam [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pernikahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan SAH

Drama Kecuali Cintamu Lakonan Nanu Baharudin, Haleeda, Janet Khoo