in

Ainul Aishah Muncul Single Terbaru Don’t Worry Honey

DON’T WORRY HONEY’ IBARAT SECEKAL JIWA AINUL AISHAH

Selepas single pertamanya ‘The Old Him’ dilancarkan pada Julai lalu dan pelbagai maklumbalas yang diterima dari pelbagai pihak, kini Ainul Aishah muncul lagi dengan single terbarunya ‘Don’t Worry Honey’.

Masih mengekalkan tajuk dalam Bahasa Inggeris namun senikatanya telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu agar dapat diterima oleh ramai peminat seni suara tanahair.

Menurut Ainul Aishah “ Lagu ‘Don’t Worry Honey’ adalah ciptaan rakan baik Ainul iaitu Nani Nasir. Pada asalnya lirik ditulis dalam versi Bahasa Inggeris tetapi Ainul menukarnya ke versi Bahasa Melayu untuk proses rakaman. Liriknya pula telah diterjemahkan oleh Pidos tanpa menukar sedikit pun maksud asal dalam versi Bahasa Inggeris”.

Gallery2

“Lagu ini sangat indah kerana ianya datang dari hati dan menceritakan pengalaman bagaimana dua sahabat melalui liku – liku hidup bersama. Bermula dari salah seorang sahabat yang dalam kesedihan dan seorang lagi cuba untuk menenangkan dan membantu sahabatnya tetapi tidak berada di sisinya kerana sedang belajar di England. Oleh itu, beliau menulis lagu ini khas untuk sahabatnya meneruskan hidup dan memberikan kekuatan melalui lagu tersebut.”

“Secara tidak langsung, lagu tersebut memberikan satu semangat luar biasa apabila dimainkan setiap hari dan kemudian membuat keputusan untuk merakamkan lagu tersebut”. Ainul menambah.

Pelakon drama bersiri Senja Permai dan Bola Cinta yang sedang ke udara di TV2 pada setiap Isnin, jam 9 malam ini berkata walaupun lagu ini dalam versi Bahasa Melayu tetapi tajuknya dikekalkan dalam Bahasa Inggeris bagi mengekalkan keaslian dan keunikan single tersebut.

Ainul menambah, “HotFM adalah stesen radio yang telah memainkan single kedua Ainul dan berharap agar stesen radio tempatan lain turut menyokong usaha saya selama ini dalam penghasilan lagu yang bermutu”.

“Facebook dan Youtube adalah medium alternatif untuk Ainul memuatnaik klip – klip hasil kerja dan saya berharap agar peminat dapat menyokong dengan memberikan komen dan pandangan untuk penambahbaikan dalam menghasilkan single terbaru pada masa akan datang.” katanya yang telah mempunyai tujuh koleksi lagu ciptaan sendiri.

En. Syarizan Md. Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas berkata, “Usaha dan semangat gigih Ainul Aishah amatlah kami kagumi. Walaupun single pertamanya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun sikap positif yang ada dalam diri Ainul Aishah haruslah dipuji”.

“Pihak Aquila Emas telah merangka pelbagai aktiviti promosi untuk single ini dan kita percaya semua pihak sama ada media dan peminat akan turut menyokong usaha Ainul Aishah ini. Para peminat Ainul Aishah juga akan berpeluang untuk mengakses kedua-dua lagu tersebut sebagai “Ring Back Tone” atau “Caller Ring Tone” dalam tempoh dua minggu akan datang, insya’allah” menurut Syarizan lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A.Aida Terbitkan Drama Bersiri Halimah Jonggang Musim 2

Celcom Rewards Its 100,000th Blackberry Customer