in , ,

Drama Inang Di Bumi Kerbau Arahan Pelakon Zulhuzaimi

Drama Inang Di Bumi Kerbau Arahan Pelakon Zulhuzaimi Temui Penonton TV1

Keberkesanan pelakon Zulhuzaimi membawakan watak dalam drama dan filem memang tidak dapat dinafikan. Namun percubaannya mengarahkan drama sememangnya wajar disokong semua peminat industri seni tanah air.

Menampilkan pelakon terkenal Maria Farida, Nasha Aziz, Eman Manan dan Dato Tarmimi Saregar, drama arahan dan lakonan Zulhuzaimi bertajuk Inang di Bumi Kerbau bakal menemui penonton TVI mengisi slot Panggung Seri pada 26 Mei ini, jam 9.00 malam.

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Ia berlatarkan sebuah kampung di Bahau, Negeri Sembilan berkongsi kisah dilema seorang duda, Tapik yang sudah menceraikan isterinya berasa tidak senang bilamana melihat seorang pemuda bernama Buyung begitu mesra melayan Inang, bekas isterinya.

Inang mengambil keputusan untuk tinggal bersama Uteh, kakak kepada Buyung. Namun sebelum itu, Tapik menjalinkan hubungan dengan Uteh tanpa disedari oleh Inang dan Buyung. Uteh berasa tidak puas hati dengan sikap Tapik untuk merujuk semula pada Inang. Uteh tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk meracun Inang.

Namun segalanya menjadi tragedi yang tak disangka-sangka bilamana cubaan Uteh meracun Inang terkena pula pada Buyung yang teracun oleh Uteh setelah memakan masakan beracun yang disediakan oleh Uteh untuk Inang.

Konflik berada di kemuncak apabila Uteh bertindak hilang kawalan menembak Tapik dengan senapang patah milik Tapik. Racun di pembuluh darah Buyung semakin menjalar laju dan akhirnya merebahkan Buyung tanpa nyawa di sisi Inang.

Dua nyawa terkorban, Uteh mengalami sakit jiwa dan Inang pula mengambil keputusan untuk menjaga Uteh. Adakah pengorbanan Inang menjaga Uteh berbaloi atau sebaliknya? Saksikan kesudahan drama menarik sarat dengan konflik kekeluargaan dan kasih sayang ini hanya di TV1.

Zul Huzaimi ... pelakon utama Pelangi Hitam

Zulhuzaimi

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Oreo Sambut Ulangtahun ke-100

Astro Oasis Anjur Majlis Tahlil & Qiamullail