in

Astro Oasis Anjur Majlis Tahlil & Qiamullail

ASTRO OASIS ANJUR MAJLIS TAHLIL & QIAMULLAIL

Sempena memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah

Sempena memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah, pihak Astro Oasis dengan berbesar hati bakal menganjurkan sebuah majlis tahlil dan disusuli dengan majlis qiamullail yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk turut serta pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 jam 7.00 malam bertempat di Masjid As-Syakirin, KLCC.

Majlis Tahlil dan Qiamulail ini akan dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah yang diimankan oleh Imam Masjid Asy-Syakirin dan disusuli dengan majlis tahlil dan bacaan surah yassin. Selepas sudah solat Isyak secara jemaah, sebuah sesi tazkirah oleh Imam Muda Arrazi akan diadakan. Kemuncak program ini adalah sekitar jam tiga pagi untuk jemaah bangun dan melaksanakan solat tahajud yang dipimpin oleh Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan. Program ini akan berakhir selepas solat subuh.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis; Hj Izelan Basar berkata, “Astro sentiasa gigih dalam menyusun pelbagai program khusus untuk mendekati masyarakat termasuklah yang berbentuk kerohanian. Melihat kepada sambutan yang diterima terhadap beberapa siri majlis qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, kami dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohaniaan seumpama ini. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, kami berharap penyertaan orang ramai akan bertambah pada kali ini.

Selain itu, penekanan masjid sebagai tempat iktikaf turut menjadi objektif penganjuran majlis ini. Usaha positif ini diharapkan mampu memupuk semangat mencintai masjid dikalangan masyarakat terutama golongan muda.

Di samping memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah sebelum ini, kami juga berharap agar usaha murni yang dianjurkan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang iktikaf di masjid dan qiamluallail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini,” jelas Hj Izelan lagi.

Kesemua kaum muslimim dan muslimat dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Tahlil & Qiamullail pada 25 Mei ini (Jumaat), jam 7.00 malam di Masjid As-Syakirin, KLCC. Jumpa anda di sana!

Agenda Majlis Tahlil dan Qiamullail adalah seperti berikut;

Jumaat, 25 Mei 2012
7.00 malam Azan Maghrib oleh Imam Muda Naim
Solat Maghrib diimamkan oleh Imam Masjid As-Syakirin
Tahlil dan Bacaan Yassin

8.30 malam Azan Isyak oleh Imam Muda Jabar
Solat Isyak diimamkan oleh Imam Masjid As-Syakirin
Tazkirah Isyak oleh Imam Muda Arrazi

Sabtu, 26 Mei 2012
3.00 pagi Qiamullail pimpinan Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan
5.30 pagi Azan Subuh
Imam Solat Subuh Imam Masjid As-Syakirin
6.00 pagi Selesai

Astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Inang Di Bumi Kerbau Arahan Pelakon Zulhuzaimi

Pengamal Media Pertama Ditauliah Pegawai Kehormat TUDM