in

Oreo Sambut Ulangtahun ke-100

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-100 OREO MERANGKAU SELURUH NEGARA
Oreo menyambutkan ulangtahun ke-100 dengan ‘Putar, Rasa dan Celup’ di Sarawak

Oreo, biskut kegemaran sedunia membawakan sambutan ulangtahunnya yang ke-100 ke seluruh negara, dengan Sarawak Bumi Kenyalang dipilih sebagai singgahan pertamanya.

Oreo 100Th Birthday Bash_Pic 2

Acara yang diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri Kebajikan, Wanita dan Keluarga Sarawak, Datuk Hajah Fatimah Abdullah yang diwakili Puan Noriah Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan, diraikan dengan gaya asli Sarawak di Rumah Panjang Iban bersama-sama 15 kanak-kanak cacat penglihatan dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan 150 orang kanak-kanak dari The Salvation Army for Boys and Girls Home Kuching dan Rumah Kanak-kanak Kuching.

Dalam semangat perayaan ke-100, tetamu disajikan dengan hidangan enak Sarawak, permainan menyeronokkan dan menghiburkan untuk kanak-kanak serta kek harijadi gergasi dengan 100 batang lilin sebagai acara penutup untuk perayaan yang gemilang tersebut. Persembahan budaya kaum Iban lengkap dengan pemakaian tradisional menghiburkan kanak-kanak dan memperkenalkan amalan snek Oreo yang terkenal di seluruh dunia, ‘Putar, Rasa dan Celup’.

Pada acara tersebut, Puan Noriah Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan, yang mewakili Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, berkata, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Oreo sempena sambutan ulang tahun kali ke-100 yang penuh gemilang pada tahun ini. Keputusan untuk berkongsi kegembiraan dan keseronokan bersama-sama kanak-kanak di Kuching sebagai sebahagian dari sambutan ulang tahun ke-100 mereka begitu bermakna sekali. Jelas kelihatan wajah-wajah penuh kegembiraan di sekeliling kita, menonjolkan falsafah Oreo iaitu “kecerian alam kanak-kanak” (childlike delight) dan “saat-saat istimewa bersama” (bonding moments).

Sunil Sethi, Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia berkata, “Selama 100 tahun, Oreo telah membawakan saat-saat istimewa kepada berjuta keluarga. Sempena perayaan ulangtahun ke-100, kami akan menjelajah ke seluruh negara untuk menyambut bersama semua peminat Oreo, bermula di Kuching. Satu juta biskut Oreo percuma akan dihadiahkan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.”

Oreomobile, sebuah trak biru istimewa juga akan memulakan pengembaraannya ke bandar, pekan dan kampung di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang tahun ini. Dengan membawa anugerah Oreo untuk kemesraan antara masyarakat umum dan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, Oreo berharap untuk meraikan pencapaian ini dengan berkongsi saat-saat kemesraan dan memberikan keseronokan dengan ritual ikon mereka ‘Putar, Rasa dan Celup’.

Acara komuniti perayaan ke-100 akan diadakan di daerah tengah pada akhir tahun sebagai penamat aktiviti sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai Oreo dan sambutan ke-100, sila layari www.facebook.com/oreo hari ini!

Oreo 100Th Birthday Bash_Pic 3

Oreo 100Th Birthday Bash_Pic 4

Oreo 100Th Birthday Bash_Pic 1

MENGENAI KRAFT FOODS
Kraft Foods Inc. (NYSE: KFT) ialah pengeluar snek terbesar di dunia dengan pelbagai jenama kegemaran ramai yang tiada tandingan. Dengan pendapatan berjumlah $54.4 billion pada tahun 2011, Kraft Foods telah berjaya memasarkan biskut yang enak, manisan, minuman, keju, produk runcit dan makanan mudah disediakan di hampir 170 negara. 12 dari jenama termasyur syarikat – Cadbury, Jacobs, Kraft, LU, Maxwell House, Milka, Nabisco, Oreo, Oscar Mayer, Philadelphia, Tang dan Trident – menjana pendapatan lebih dari $1 bilion setiap tahun. Pada 4 Ogos 2011, Kraft Foods mengumumkan rancangan untuk membahagikan dan menubuhkan dua syarikat awam yang bebas: perniagaan snek global dengan pertumbuhan tinggi dan perniagaan runcit margin tinggi di Amerika Utara. Urusniaga ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan untuk dilaksanakan, di mana tempoh perancangan berkaitan struktur, pengurusan, pentadbiran dan hal-hal yang lain akan diumumkan. Peneraju dalam bidang inovasi, pemasaran, kesihatan & kesejahteraan dan pengekalan, Kraft Foods ialah ahli Dow Jones Industrial Average, Standard & Poor’s 500, Dow Jones Sustainability Index dan Ethibel Sustainability Index. Sila layari www.kraftfoodscompany.com dan www.facebook.com/kraftfoodscorporate.

MENGENAI OREO COOKIES
OREO ialah biskut kegemaran sedunia, dinikmati oleh keluarga dan rakan-rakan di lebih dari 100 negara di seluruh dunia. Sebagai salah satu dari 12 jenama ”billion-dollar” Kraft Foods, OREO ialah biskut paling laris pada abad ke-21 dengan pendapatan global tahunan sebanyak lebih dari $2 bilion. OREO mempunyai komuniti Facebook lebih dari 23 juta peminat OREO seluruh dunia, mewakili lebih 200 negara dan pelbagai bahasa yang berlainan. OREO berkedudukan antara jenama laman Facebook 5 tertinggi di dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GAMBAR Terbaru Azrinaz Mazhar Hakim di ON AIR

Drama Inang Di Bumi Kerbau Arahan Pelakon Zulhuzaimi