in , ,

Peraduan Menang Baucer Lazada & Grab Bernilai RM400?

Berita Baik Buat ‘Hantu’ K-Drama! ‘Sweet Munchies’ Boleh Ditonton Di iflix Secara Percuma Bermula 26 Jun 

JTBC terkenal dengan pelbagai sajian drama menarik dan kini menjadi salah satu platform kesayangan para peminat K-Drama. Berita baik juga buat anda penggemar setia K-Drama, iflix tidak ketinggalan untuk memenuhi permintaan peminat drama Korea dengan menayangkan drama siri tebaru berjudul Sweet Munchies. Berunsurkan komedi romantik, ‘Sweet Munchies’ bakal ditayangkan di platform iflix secara PERCUMA bermula pada 26 Jun.

Drama Sweet Munchies membariskan Jung Il-Woo (sebagai Park Jin Sung), Kang Ji-Young (sebagai Kim Ah-Jin), Lee Hak-Joo (sebagai Kang Tae-Wan) sebagai pelakon utama.

Sinopsis drama ini menceritakan kisah seorang lelaki yang mula berbohong semata-mata untuk mendapatkan wang yang lebih untuk menyara kehidupannya. Kerana pembohongannya itu, beliau sendiri telah mendorong ke arah kisah cinta tiga segi tanpa sengaja.

Sweet Munchies Poster

Park Jin-Sung (Jung Il-woo), adalah seorang chef dan mempunyai perniagaan di sebuah restoran. Setiap hari, Park Jin Sung bekerja keras untuk mencari wang yang lebih bagi menampung kos perubatan ayahnya dan melangsaikan hutang-hutangnya yang tergendala. Seterusnya, seorang gadis berperwatakan ceria dan optimis bernama Kim Ah-Jin pula, merupakan pelanggan tetap di restoran Park Jin-Sung.

Gadis ini bekerja sebagai Penolong Penerbit di sebuah stesen televisyen ternama. Pada suatu hari, Kim bertanya kepada chef kegemarannya, Park Jin-Sung, jika mengenali seseorang yang memiliki ciri-ciri tertentu untuk membintangi program masakan yang bakal diterbitkannya nanti. 

Park Jin-Sung yang mengalami krisis kewangan ketika itu, terus komited untuk mencari wang tambahan. Disebabkan keadaannya yang agak terdesak, Park Jin-Sung memutuskan untuk berbohong kepada Kim mengenai dirinya. Selepas membuat pengakuan palsu tentang dirinya, akhirnya beliau berjaya meyakinkan Kim untuk melayakkan dirinya menyertai program masakan tersebut.

Mereka berdua mula berkenalan dengan seorang pereka fesyen terkenal dan mempunyai rancangan TV sendiri iaitu Kang Tae-Wan. Bermula dari detik perkenalan tersebut, secara tidak langsung, segalanya bertukar menjadi kisah konflik cinta tiga segi antara mereka bertiga.

Untuk mengetahui lebih lanjut jalan cerita Sweet Munchies, saksikan secara PERCUMA di platform iflix bermula 26 Jun 2020 (Khamis) nanti.  

PERADUAN DI IFLIX: NAK MENANG BAUCER LAZADA DAN GRAB BERNILAI RM 400?

Sempena sambutan Hari Bapa pada bulan Jun ini, iflix memang baik hati sangat nak belanja anda menang wang tunai RM 400! Peraduan ini akan berlanjutan sehingga hujung bulan Jun. Kepada yang masih belum mencuba nasib, sila ikuti cara-cara mudah yang disenaraikan ini. Cara-caranya:

1. Like dan follow Instagram dan twitter iflix (@iflixMY)

2. Kongsikan jawapan anda di ruang komen 

3. Tag member anda atau ayah sendiri dan klik ‘share post’

Pastikan anda kekal setia bersama iflix dengan mengikuti akaun Facebook (iflix Malaysia), Instagram dan Twitter (@iflixmy) untuk mendapatkan informasi terkini di iflix!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Dialek Pahang & Perak, MADU & HERI BOTA Curi Hati Penonton

Langgar Perjanjian, Saman Maydan Trading Terhadap Fazura Ditolak