in , ,

AirAsia Yakin Sektor Pelancongan Domestik & Antarabangsa Akan Kembali Pulih

Para tetamu mestilah menggunakan perkhidmatan daftar masuk kendiri di airasia Super App dan sistem pengecaman wajah FACES untuk pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan lancar

Berikutan pengumuman kerajaan mengenai pembukaan semula perjalanan domestik dan aktiviti-aktiviti pelancongan setelah kadar vaksinasi dewasa mencapai 90% di Malaysia, AirAsia telah bersiap sedia untuk kembali memulakan perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa. Langkah ini berikutan kejayaan gelembung perjalanan Langkawi yang telah bermula pada 16 September.  

AirAsia yakin perjalanan udara akan kembali pulih ke semua destinasi penerbangan domestik dan antarabangsa tidak lama lagi, terutamanya dengan protokol kesihatan dan keselamatan yang telah dilaksanakan. AirAsia juga telah mencatatkan permintaan yang tinggi untuk destinasi pelancongan domestik yang baru dibuka termasuk Langkawi di Malaysia, Boracay, Cebu, dan Bohol di Filipina, Chiang Mai dan Hat Yai di Thailand.  

Airasia Yakin Sektor Pelancongan Domestik &Amp; Antarabangsa Akan Kembali Pulih

Muatan penumpang untuk destinasi pelancongan ini amat memberangsangkan dengan muatan antara 80% dan 90% dengan lebih kekerapan dan laluan penerbangan yang akan ditambah tidak lama lagi sejajar dengan tempahan yang konsisten dan tinggi pada masa hadapan. 

Dengan kadar vaksinasi di serata dunia semakin meningkat, AirAsia menjangka perjalanan udara domestik akan dibuka secara beransur-ansur tidak lama lagi dan perjalanan antarabangsa akan bermula semula beberapa bulan akan datang, terutamanya di rantau Asean di mana kadar vaksinasi semakin meningkat dan AirAsia bersedia untuk mengalu-alukan para penumpang dengan standard keselamatan tertinggi. 

Untuk memastikan keselamatan para penumpang dan kakitangan kami, serta sebahagian dari pelan mitigasi, AirAsia mewajibkan para penumpang untuk mendaftar masuk kendiri dan menggalakkan semua orang untuk memuat turun dan menggunakan airasia Super App, aplikasi sehenti yang diperlukan untuk para penumpang untuk perjalanan mereka. Daripada penerbangan, tempahan hotel, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan, pas masuk elektronik, perlepasan tanpa sentuhan menggunakan FACES dan perkhidmatan dalam penerbangan. 

AirAsia telah mengambil beberapa langkah inovasi teknologi tanpa sentuhan dan penambahbaikan yang disediakan untuk lebih selesa dan pengalaman mudah dan lancar bagi para penumpang. Dengan daftar masuk sendiri yang telah diwajibkan, para penumpang boleh menikmati ciri daftar masuk yang mudah dan lancar untuk memuat naik dengan mudah dan pengesahan kesihatan dan vaksinasi dokumen secara serta-merta melalui airasia Super App dan pelepasan tanpa sentuhan melalui sistem pengesahan muka FACES untuk mengurangkan orang beratur dan penjarakan fizikal di kaunter dan sesak di lapangan terbang. 

AirAsia telah melaksanakan prosedur operasi standard yang mantap bagi mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa, termasuk mengendalikan penerbangan oleh kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Ciri-ciri keselamatan di dalam penerbangan itu sendiri di mana udara di dalam pesawat mengalir dari siling ke bawah menjadikan udara di dalam kabin sama seperti di hospital. Tidak hairanlah sistem penerbangan diperakui sebagai kaedah pengangkutan yang paling selamat di dunia, sepertimana yang dibuktikan melalui pelbagai kajian dan penyelidikan antarabangsa.

Bo Lingam, Presiden (Penerbangan) airasia Group berkata, “Kami melihat permintaan perjalanan semakin meningkat kerana ramai orang tidak sabar untuk bertemu keluarga dan rakan-rakan mereka atau bercuti ke destinasi kegemaran mereka dan kami telah bersedia untuk membawa mereka kembali terbang ke seluruh Asean apabila tiba masanya. 

“AirAsia Malaysia juga telah menjual sebanyak 260,000 tempat duduk dalam masa kurang dari seminggu ke Langkawi yang merupakan bukti peningkatan permintaan perjalanan untuk destinasi domestik.

“Walaupun pandemik Covid-19 telah mematahkan sayap industri penerbangan dan pelancongan di peringkat global sejak 18 bulan yang lalu, kami tetap komited untuk mendemokrasikan sektor perjalanan sekali lagi melalui nilai hebat untuk memacu sektor ekonomi dan pelancongan.

“Kami juga berharap negara-negara di seluruh Asean dan lain-lain akan menetapkan prosedur operasi standard, yang membolehkan individu yang telah divaksin untuk melakukan perjalanan dengan bebas dan selamat di antara negara-negara tersebut tanpa kuarantin atau proses kelulusan yang rumit. Kami akan terus komited untuk memainkan peranan aktif dan positif dalam pemulihan pasaran Asean dengan rangkaian penerbangan, kekerapan dan langkah-langkah keselamatan yang ketat dalam operasi kami.

“Kami juga telah melaksanakan pelbagai inovasi dan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan tanpa sentuhan bagi mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa untuk memastikan kesejahteraan di sepanjang perjalanan para tetamu bersama-sama kami.

AirAsia merupakan salah satu penerbangan pertama di dunia yang menerima pengiktirafan tertinggi 7/7 daripada pakar-pakar penerbangan di Airlineratings.com berikutan langkah-langkah keselamatan Covid-19 yang dilaksanakan sejak pandemik bermula. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri dan cara untuk mengesahkan sijil vaksinasi, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini. Untuk membuat perubahan penerbangan, klik di sini untuk menghubungi AVA, dan untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus.  

Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan | 23

Drama DIA ISTERIKU Lakonan Che Ta Papar Kisah Peritnya Difitnah

Sajat 2020 | 24

“Ujian Ini Sangat Berat,” Adik Sajat Harap Nur Sajat Diberi Peluang Kedua