in ,

Drama Cinta Jangan Pergi Disiar Selama 2 Jam 6 April Ini

TAYANGAN PERDANA DRAMA CINTA JANGAN PERGI SELAMA DUA JAM 6 APRIL INI!

Drama istimewa Cinta Jangan Pergi, gandingan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan dan Nadiya Nisaa, tentunya dinanti-nantikan oleh penonton! Akhirnya penantian yang sekian lama daripada peminat berbaloi apabila TV9 mengambil keputusan untuk menayangkan tayangan perdana selama dua jam untuk episod pertama dan kedua pada 6 April, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

[dropcap]I[/dropcap]ni adalah untuk memberi laluan kepada Hip TV yang menyiarkan liputan eksklusif karpet merah bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), pada jam 8.30 malam dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Pada minggu berikutnya, Cinta Jangan Pergi akan disiarkan seperti biasa iaitu setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

cinta-jangan-pergi

Drama arahan pengarah tersohor, Kabir Bhatia, tentunya mendapat sambutan ramai kerana jalan cerita yang unik beserta barisan pelakon terkenal serta berpengalaman. Ditambahkan pula suasana penggambaran yang dijalankan amat menarik iaitu di sekitar Eropah termasuk Paris dan Interlaken, Switzerland.

[pullquote align=”right”]Cinta Jangan Pergi, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam hanya di TV9[/pullquote]

Episod pertama akan menceritakan detik pertemuan di antara Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) di benua Eropah. Pengembaraan Lea Soraya ke Eropah secara bersendirian telah menemukan dia dengan seorang jejaka Melayu bernama Kalil yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Kehadiran Kalil pada awalnya tidak menyenangkan Soraya. Namun, bagai tidak dapat menolak daya tarikan Kalil yang mempesona, Soraya mula senang bersama Kalil sepanjang pengembaraan mereka.

Tidak dijangka, rasa cinta mula menular di segenap nadi milik Lea Soraya dan Kalil. Interlaken menjadi saksi cinta mereka apabila Kalil meluahkan rasa cinta dan berjanji Interlaken akan menjadi destinasi bagi meraikan ulang tahun perkenalan mereka setiap tahun.

Cinta mereka berlanjutan dan dalam episod kedua, Kalil telah menamatkan latihan praktikal lebih awal ingin pulang ke Malaysia untuk membuat kejutan buat Soraya yang setia menantinya setelah dia tamat pengajian setahun lalu. Perkhabaran kepulangan Kalil hanya diketahui Soraya melalui Shireen, kawan Kalil di Eropah yang juga meminati Kalil. Soraya bingun dan cuba menghubungi Kalil. Apakah yang terjadi kepada Kalil?

Adakah Kalil sudah melupakan janjinya pada Soraya? Pastikan temu janji anda bersama pelakon kesayangan anda dalam Cinta Jangan Pergi, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam hanya di TV9!.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Namewee Bakal Lancar Filem Kara King Ogos Ini

Karen Mok Biography